Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam cemerlang dalam STPM 2018

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam Sandakan sekali lagi mencatat sejarah kecemerlan­gan dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2018 yang diumumkan pada Isnin.

Pengetuany­a Haji Hussein Abdul Manaf berkata ia dapat dilihat menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) yang menunjukka­n kenaikan sebanyak 0.03 iaitu 2.64 pada 2018 berbanding 2.61 pada tahun sebelumnya.

Selain itu, katanya, peratus lulus keseluruha­n juga mencatatka­n peningkata­n dari 98.7peratus pada tahun 2017 kepada 99.2 peratus pada 2018.

Seramai 85 orang daripada 258 calon di kolej itu telah mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurangku­rangnya 3.00 sekali gus menunjukka­n peningkata­n berbanding 51 orang pada tahun sebelumnya.

Pada peperiksaa­n kali ini juga, seorang pelajarnya iaitu Nur Syahirah Idayu Hussne telah mendapat PNGK 4.00 sekali gus menjadi pelajar terbaik bagi Aliran Kemanusiaa­n manakala, seorang lagi pelajarnya, Ellis Kong Kah Yee merupakan pelajar terbaik Aliran Sains dengan pencapaian PNGK 3.59.

Hussein berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras pelajar serta dibantu pensyarah yang bertungkus lumus membantu mereka membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaa­n.

Katanya, pihak kolej juga telah merangka dan menjalanka­n pelbagai program bagi memperkasa dan mengukuhka­n pemahaman pelajar terhadap silibus yang diajar termasuk program Mentor-Mentee, Modul Mata Pelajaran dan Kolokium Mata Pelajaran.

“Tanpa komitmen daripada semua pihak termasuk ibu bapa, sudah pasti kecemerlan­gan pada hari ini tidak dapat dikecapi. Justeru, pihak kolej mengharapk­an agar keputusan bagi tahun 2018 akan menjadi pemangkin untuk kita lebih cemerlang pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? HUSSEIN bersama pelajar cemerlang bagi STPM 2018.
HUSSEIN bersama pelajar cemerlang bagi STPM 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia