Utusan Borneo (Sabah)

Polis marin tahan lima kapal nelayan menunda di kawasan larangan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis Marin Sandakan berjaya menahan lima buah kapal nelayan selepas dikesan menjalanka­n aktiviti menunda ikan di kawasan kurang dua batu nautika dari pesisir pantai di tiga lokasi berasingan, petang Sabtu.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Haji Mohamad Pajeri Ali, berkata lima kapal nelayan itu ditahan berhampira­n perairan Sungai Asam, Kuala Sungai Kelibong dan Kuala Sungai Pitas Kinabatang­an dekat sini pada antara jam 4.00 hingga 5.30 petang.

“‘Semasa botronda PSC 13 Polis Marin menjalanka­n tugas operasi ‘Ops Pensura’ di perairan Kinabatang­an telah mengesan kapal-kapal nelayan ini sedang leka menjalanka­n aktiviti menunda.

“Kapal-kapal nelayan berkenaan didapati sedang menjalanka­n aktiviti memukat tunda di kawasan kurang 2 batu nautika dari pantai,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang Ahad.

Beliau berkata dua juragan warga tempatan dan tiga lagi juragan warga Indonesia berumur antara 44-54 tahun beserta anak kapal ditahan.

“Polis Marin berjaya merampas lima kapal tunda serta hasil tangkapan iaitu lebih kurang 1,480 kilogram udang bernilai RM44,400 dan 1,210 kilogram ikan pelbagai jenis bernilai RM12,100. Nilai rampasan termasuk jumlah dikompaun berjumlah RM59,000,” katanya.

Mohamad Pajeri berkata tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985. Bagi kesalahan pertama, pemilik kapal akan dikompaun sebanyak RM500, kesalahan kedua RM1,000 dan kesalahan ketiga RM1,500, dan sekiranya kesalahan berulang lesen boleh dibatalkan dan kapal akan disita,” katanya.

 ??  ?? KAPAL nelayan yang menunda di kawasan larangan ditahan PPM Sandakan.
KAPAL nelayan yang menunda di kawasan larangan ditahan PPM Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia