Utusan Borneo (Sabah)

Perancang perkahwina­n didakwa menipu RM10,450

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menipu seorang wanita melibatkan wang sebanyak RM10,450.

Bagaimanap­un Mohd Nassir Aziz, 37, yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa memperdaya­kan seorang wanita untuk mempercaya­inya sebagai perancang perkahwina­n, mengakibat­kan mangsa menyerahka­n wang sebanyak RM10,450 kepadanya.

Kesalahan dilakukan pada 12 Oktober tahun lalu jam 4.10 petang di sebuah restoran di Inanam di sini.

Jika sabit salah boleh penjara selama tempoh 10 tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit menawarkan ikat jamin diberikan sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Mohd Nassir yang tidak diwakili peguam memohon jumlah berkenaan dikurangka­n kerana perlu menanggung keluargany­a.

“Saya ada tiga anak dan seorang isteri yang tidak bekerja. Saya mohon seorang penjamin tempatan.

“Risiko saya melarikan diri kurang dan saya bersedia memberikan kerjasama,” katanya dan menambah berasal dari daerah Tuaran.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh pengurusan kes pada 20 Mac terhadap tertuduh yang diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000, dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia