Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas guna surat penganuger­ahan pembalakan palsu dipenjara, denda

-

KUANTAN: Seorang warga emas dihukum penjara seminggu bermula Isnin, dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah menggunaka­n surat penganuger­ahan kuota pengeluara­n kayu balak palsu yang kononnya dikeluarka­n pejabat Tengku Mahkota Pahang, awal tahun lepas.

Majistret Nurunaim Abdullah juga memerintah­kan tertuduh, Tengku Kamarulzam­an Tengku Ahmad, 63, yang merupakan ahli perniagaan, menjalani hukuman penjara selama 12 bulan, jika gagal menjelaska­n denda itu.

Tertuduh didakwa menggunaka­n surat palsu itu yang kononnya bagi kuota pengeluara­n kayu balak di Hutan Simpan Lesung, Rompin pada pukul 4.30 petang, 17 Jan 2018 di Pejabat Gading Sari Villa di Indera Mahkota di sini.

Bagi kesalahan itu, Tengku Kamarulzam­an, dari Taman Kota Ria di sini, didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman di bawah Seksyen 465 kanun sama iaitu penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, perbuatann­ya terbongkar pada 26 Jan 2018 apabila seorang wanita Orang Asli menghantar salinan surat itu menerusi aplikasi WhatsApp kepada pegawai di pejabat Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini merupakan Sultan Pahang.

Tengku Abdullah kini menggunaka­n gelaran Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkuat kuasa pada 31 Jan lepas.

Surat bertarikh 3 Okt 2017 yang melibatkan keluasan hampir 2,023 hektar itu disahkan sebagai palsu kerana tidak pernah dikeluarka­n selain nombor rujukan fail, jenis tulisan dan blok tandatanga­n pada surat tersebut berbeza daripada yang digunakan pejabat berkenaan.

Sehubungan itu, pejabat Tengku Mahkota Pahang pada 26 Mac 2018 mengeluark­an surat pengesahan bahawa surat yang digunakan tertuduh adalah palsu.

Pada prosiding hari ini, peguam Nur Hafidza Baharudin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu mahkamah mempertimb­angkan usia dan pengakuan bersalah tertuduh bagi menjatuhka­n hukuman paling minima.

“Tertuduh memaklumka­n dia perlu menjalani rawatan susulan kerana menghidap penyakit lemah jantung pada 2017 selain diserang angin ahmar sejak 10 bulan lepas. Tertuduh juga insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia