Utusan Borneo (Sabah)

25 pegawai meja lawat SM Tshung Tsin

-

KOTA KINABALU: Rombongan seramai 25 Pengawai Meja Pendidikan Swasta dari semua bahagian Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sabah yang diketuai oleh Pegawai Meja Unit Pendidikan Swasta Chew Mei Nah telah melawat ke Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin di sini.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh barisan pentadbir dan guru-guru SM Tshung Tsin serta Pengetua Tang Poh Mee.

Rombongan telah dibawa melawat ke kampus sekolah seperti bangunan Tree Cube, pejabat guru, bilik ICT, pusat sumber sekolah, bangunan Wong Kwok, Maker Lab, bangunan kegiatan kokurikulu­m, kantin sekolah, gelanggang tertutup Yu Rong, padang sekolah Tan Sri Joseph Lo, dewan sekolah, pejabat kesihatan dan kuarters guru serta asrama pelajar.

Selepas lawatan di kawasan kampus sekolah, para pegawai juga dipertonto­nkan tayangan multimedia yang menerangka­n visi dan misi sekolah serta penganjura­n sukan tahunan sekolah yang berorienta­sikan pelajar Senior 3.

Semasa di hab sosial sekolah, para pegawai meja mengambil peluang berinterak­si sambil bertukar-tukar pandangan dengan barisan pentadbir dan guru-guru sekolah berkenaan.

Mereka menyifatka­n lawatan itu sebagai pembuka mata kerana melaluinya mereka mendapat pendedahan mengenai pentadbira­n dan pengurusan SM Tshung Tsin.

Lawatan yang disudahi dengan penyampaia­n cenderamat­a dan sesi bergambar itu diharap dapat menjalin kerjasama dan mewujudkan perkongsia­n sumber maklumat serta mengukuhka­n tahap profesiona­lisme dan kompetensi dalam kalangan warga pendidik tidak kira mereka dalam sektor kerajaan mahupun institusi swasta.

 ??  ?? PARA pegawai meja Sektor Pendidikan Swasta Negeri Sabah bergambar kenangan bersama barisan pentadbir SM Tshung Tsin.
PARA pegawai meja Sektor Pendidikan Swasta Negeri Sabah bergambar kenangan bersama barisan pentadbir SM Tshung Tsin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia