Utusan Borneo (Sabah)

Kg Air Semporna dipilih pos pertama

Perlindung­an keselamata­n kebakaran dan kebombaan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang untuk membina pos perlindung­an keselamata­n kebakaran dan juga kebombaan di tempattemp­at yang dikenal pasti di negeri ini.

Ketua Pengarah JBPM Dato Mohammad Hamdan Haji Wahid berkata, projek pertama yang akan kendalikan adalah di kawasan Kampung Air berdekatan Pulau BumBum Semporna.

“Jabatan bomba akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri Sabah untuk menyediaka­n tempat pos berkenaan.

“Ia bagi memberi respon aspek pemadaman, penyalamat­an dan EMRS kepada kawasan yang berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran JBPM Negeri Sabah dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2018, disini pada Isnin.

Mohammad Hamdan berkata, pos perlindung­an keselamata­n kebakaran di Kampung Air akan dikendalik­an oleh Pasukan Bomba Sepenuh Masa (PBSM).

“Ini ekoran daripada terlalu banyak kes kebakaran berlaku di mana apabila bomba respon didapati bahawa tatacara kita dengan keadaan balai bomba yang sedia ada tidak begitu berkesan.

“Jadi atas aspek ini kita mencadangk­an kenapa tidak kita sendiri yang terlibat di dalam membina pos-pos yang berdekatan dengan Kampung Air berkenaan.

“Apabila jentera bomba sampai, ia tidak boleh menembusi dalam kawasankaw­asan kebakaran melainkan kita mempunyai pendekatan menggunaka­n air dan bot,” katanya.

Mohammad Hamdan berkata, Jabatan Bomba juga bercadang untuk mewujudkan pili bomba bagi mendapatka­n sumber air yang dipam dari laut.

“Sudah tentu memerlukan komitmen daripada kerajaan negeri untuk menyediaka­n tapak yang telah dikenal pasti selain dari segi kelengkapa­n dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, seramai 76 pegawai JBPM Sabah menerima pengnauger­ahan pingat kebesaran jabatan dan APC 2018.

Ia merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi mengenang jasa dan bakti yang diberi serta dicurahkan oleh warga JBPM Sabah. Turut hadir, Pengarah JBPM Negeri Sabah Kamarulzam­an Malik Abdullah.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pegawai JBPM Sabah (penerima APC 2018) bergambar kenangan bersama Mohammad Hamdan (duduk, tengah), Kamarulzam­an dan pegawai kanan jabatan berkenaan.
SEBAHAGIAN pegawai JBPM Sabah (penerima APC 2018) bergambar kenangan bersama Mohammad Hamdan (duduk, tengah), Kamarulzam­an dan pegawai kanan jabatan berkenaan.
 ??  ?? MOHAMMADHa­mdan(duakanan)menerimare­plikacekRM­18,441daripad­aKamarulza­man (kiri) untuk tabung bagi bantuan kepada waris pegawai bomba yang terkorban semasa bertugas.
MOHAMMADHa­mdan(duakanan)menerimare­plikacekRM­18,441daripad­aKamarulza­man (kiri) untuk tabung bagi bantuan kepada waris pegawai bomba yang terkorban semasa bertugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia