Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan, TVET agen perubahan lahir modal insan berkemahir­an tinggi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan agen perubahan yang memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berkemahir­an tinggi serta meningkatk­an daya saing tenaga kerja dan ekonomi negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong Ket Kiun berkata, TVET yang menekankan pendekatan ‘Kemahiran Selari Keperluan Industri’ adalah kunci ke arah membangunk­an Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapa­tan tinggi menjelang 2050.

Sehubungan itu, beliau mahu generasi muda khususnya pelajar yang menuntut di Kolej Vokasional Sandakan merebut peluang untuk menimba pelbagai pengalaman menerusi bidang kemahiran yang menyediaka­n banyak peluang pekerjaan serta pendapatan lumayan.

“Penubuhan Jawatankua­sa Pemerkasaa­n TVET di peringkat nasional merupakan antara usaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan TVET bergerak secara efektif. Ini selari dengan hasrat KPM untuk menjadikan TVET antara pilihan utama dalam sistem pendidikan negara.

“Oleh itu, persepsi negatif masyarakat yang sering beranggapa­n sistem pendidikan vokasional sebagai pilihan kedua atau hanya diceburi oleh mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademi yang baik, perlu dihapuskan.

“Perkembang­an pelajar tidak diukur daripada pencapaian akademik semata-mata, namun dinilai daripada pelbagai aspek seperti melihat peningkata­n pelajar dari aspek sahsiah, disiplin, bakat, kebolehan dan kemahiran mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Sandakan Sesi 2019/2020 dan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an 2019 di kolej berkenaan pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Kolej Vokasional Sandakan Ong Poh Suan dan Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Sandakan Shamsul Kamal Haji Rafee.

Mengulas lanjut, Calvin berkata negara luar seperti Korea misalnya menjadikan TVET sebagai pendidikan kelas tinggi yang mana pelajar yang tidak ke universiti akan diwajibkan mengambil bidang yang berasaskan kemahiran.

Jelasnya, pasaran industri kini banyak menumpukan kepada graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang kemahiran dan teknikal.

Oleh itu, beliau mahu generasi muda masa kini mengubah pemikiran mereka terhadap hala tuju selepas graduasi iaitu tidak sematamata menyambung pengajian sebaliknya meneroka peluang kerja dalam industri yang sesuai dengan bidang kemahiran masing-masing.

“Penyertaan generasi muda sebagai tenaga kerja mahir dan separa mahir akan menjadi pemangkin kepada perkembang­an ekonomi negara yang lebih mapan selari dengan kehendak pasaran industri.

“Selain itu, kebergantu­ngan negara kepada tenaga mahir dari luar juga akan dapat dikurangka­n,” jelasnya.

 ??  ?? CALVIN menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada pelajar Kolej Vokasional Sandakan.
CALVIN menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada pelajar Kolej Vokasional Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia