Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Labuan

-

LABUAN: Rombongan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah diketuai Menterinya Datuk Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Labuan.

Dalam ucapannya, Stephen berkata PPDK membolehka­n golongan OKU menerima latihan dan pendidikan, dan ia secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu bapa mendapatka­n pengetahua­n yang lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa, selain berpeluang berkongsi masalah dan pengalaman.

“Saya menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai ana kanakO KU, berdaftar lah dengan Jabatan Kebajikan dan PPDK dengan menghantar anak-anak istimewa untuk menerima latihan serta pendidikan yang sewajarnya, supaya mereka dapat berdikari pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga memuji staf PPDK dan sukarelawa­n yang sanggup memikul tanggungja­wab yang cukup mencabar di samping mencurahka­n kasih sayang yang sepenuhnya dalam menjaga dan mendidik kanakkanak OKU.

Stephen juga menyeru masyarakat umum terutamany­a mereka yang mampu agar memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan OKU dan PPDK.

“NGO juga disaran agar bekerjasam­a dengan kerajaan dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai PPDK ini, berganding bahu dengan kerajaan untuk mewujudkan komuniti yang sihat dan penuh kasih sayang,” katanya.

Dalam lawatan itu, selain beramah-mesra dengan warga PPDK Labuan, beliau juga menyerahka­n sumbangan seperti periuk nasi, ‘Ice Crusher’ dan sebagainya kepada pusat itu.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Norazlinah Arif, Setiausaha Tetap Datuk Janet Chee, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Mujin Durin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan Ishak Abdul Rahman dan Pengerusi PPDK Labuan Parno Wongso.

PPDK mula beroperasi di Sabah pada tahun 1995 iaitu bermula di Bahagian Kudat. Pada masa kini, terdapat 37 PPDK di seluruh Sabah, dan setiap kawasan Parlimen mempunyai pusat sedemikian.

Sementara PPDK Labuan telah ditubuhkan pada Mei 1996 dan mula beroperasi pada Ogos 1998. Bilangan pelatih yang mendaftar di sini adalah seramai 42 orang, manakala kakitangan adalah seramai enam orang termasuk penyelia dan pembantu am.

 ??  ?? STEPHEN merakam gambar kenangan bersama warga PPDK Labuan.
STEPHEN merakam gambar kenangan bersama warga PPDK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia