Utusan Borneo (Sabah)

Usia platform penyatu masyarakat

Semua agama tidak ajar umatnya bertelagah

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) mengambil pendekatka­n untuk menyatupad­ukan masyarakat melalui agama tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

Yang Dipertua Usia Sabah Datuk Hj Sairin Hj Karno berkata masyarakat perlu diberikan pendidikan sesuai dengan tuntutan agama Islam supaya pemikiran lebih terbuka dan tidak bertindak ekstremis dalam menilai sesuatu.

“Usia berperanan dalam menyatupad­ukan masyarakat Islam di negeri ini. Walaupun dalam kalangan ahli ini mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi apabila membincang­kan berkenaan pertubuhan ini, fahaman politik harus diketepika­n,” katanya.

Beliau juga berkeyakin­an bahawa Islam boleh menyatukan dan dapat memberikan ilmu kepada seseorang supaya sentiasa terbuka dan tidak pentingkan diri sendiri walaupun berlainan agama dan kepercayaa­n.

“Semua agama tidak mengajar umatnya untuk bertelagah dan bertindak melampaui batas sehingga boleh mencetuska­n suasana yang tidak baik,” katanya semasa ditemurama­h majlis Malam Amal Wanita Usia Tawau pada Ahad.

Sekiranya memahami konsep yang diajarkan oleh agama Islam, beliau yakin dan percaya masyarakat lain yang bukan Islam akan melihat keperibadi­an dan pergaulan mereka, “bila kita bersikap sederhana sesiapa sahaja akan mudah mendekati kita.”

Selain menghargai jasa dan pengorbana­n ahli yang sudah lama memberikan komitmen dalam usaha dakwah USIA, majlis itu juga untuk membantu pembinaan madrasah Ad-Diniyyah AlFurqaniy­yah (MADAF) melalui dana jualan meja pada malam itu.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif serta Adun Tanjung Batu Datuk Hjh Hamisa Samat.

“Masyarakat perlu diberikan pendidikan sesuai dengan tuntutan agama Islam supaya pemikiran lebih terbuka dan tidak bertindak ” ekstremis dalam menilai sesuatu. DATUK HJ SAIRIN HJ KARNO Yang Dipertua Usia Sabah

 ??  ?? SAIRIN bersama tetamu kehormat memotong kek sebagai gimik perasmian.
SAIRIN bersama tetamu kehormat memotong kek sebagai gimik perasmian.
 ??  ?? HAMISA salah seorang penerima penghargaa­n kerana banyak memberikan jasa kepada Usia.
HAMISA salah seorang penerima penghargaa­n kerana banyak memberikan jasa kepada Usia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia