Utusan Borneo (Sabah)

MSU TCTO kunjungi BMRI UMS

-

KOTA KINABALU: Canselor Mindanao State University, Tawi-Tawi College of Technology and Oceanograp­hy (MSU TCTO) dan rombongan mengadakan kunjungan ke Institut Penyelidik­an Marin Borneo (BMRI) Unversiti Malaysia Sabah pada Jumaat.

Rombongan MSU TCTO terdiri daripada Canselor MSU TCTO Profesor Dr Mary Joyce Guinto-Sali, Pengarah Institut Penyelidik­an MSU TCTO Prof Dr Sitti Zayda Halun, Pengarah Perkhidmat­an Lanjutan Prof Dr Richard Muallil dan Penolong Ketua Eksekutif Dir Alnasul Sali.

Ketika berada di UMS, rombongan mengadakan pertemuan dan perbincang­an dengan Pengarah BMRI UMS Prof Dr Rossita Shapawi.

Antara tujuan kunjungan ke Kota Kinabalu dan berjumpa dengan pengarah dan profesor di BMRI UMS untuk melihat kemungkina­n kerjasama antara kedua-dua belah pihak khususnya dalam bidang sains marin, penyelidik­an akuakultur dan ekosistem pesisiran seperti rumput laut, paya bakau dan coral.

Mereka juga akan membentang­kan makalah dalam Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) yang akan dianjurkan oleh BMRI UMS d Sutera Harbour Hotel pada 12 dan 14 Mac ini.

“Kami mahu meningkatk­an kerjasama antara universiti di BIMP EAGA dengan mengadakan kolaborasi dalam bidang penyelidik­an mengenai Sains Marin, Akuakultur, Sains Sosial dan seni,” kata Sitti Zayda.

Kunjungan itu sejajar dengan matlamat Suruhanjay­a Mengenai Pendidikan untuk memupuk rangkaian jaringan dan perkongsia­n dengan universiti-universiti di kawasan BIMP- EAGA, katanya.

 ??  ?? ROSSITA (lima dari kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mary Joyce (empat dari kiri) sambil diperhatik­an anggota rombongan MSU TCTO
ROSSITA (lima dari kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mary Joyce (empat dari kiri) sambil diperhatik­an anggota rombongan MSU TCTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia