Utusan Borneo (Sabah)

SK Tungku lancar Program Murid Penyayang

-

TUNGKU: SK Tungku telah mengadakan sambutan Hari Wanita Sedunia sekali gus melancarka­n Program Murid Penyayang.

Majlis Program Murid Penyayang didahului dengan murid-murid berbaris bagi menyambut kedatangan guru-guru seterusnya menghadiah­kan sebatang ‘marker pen’ sebagai simbolik ‘Kami sayangi guru-guru kami dan didiklah kami dengan kasih sayang’.

Program yang penuh bermakna itu telah dirancang oleh Unit Hal Ehwal Murid di bawah pimpinan Penolong Kanan HEM Hajijah Abdul Bani.

Program itu diharapkan dapat menyuburka­n sikap menghargai dan menyayangi guru-guru dalam kalangan murid dan juga memberikan suntikan motivasi kepada para guru untuk lebih komited di dalam melaksanak­an tugas masing-masing, khususnya mendidik murid-murid di dalam kelas.

Guru Besar Sk Tungku Abdul Hassim Hj Halddin berkata, adalah menjadi keutamaan pihak sekolah menjadikan S K Tungku sebagai sebuah sekolah yang mengamalka­n budaya penyayang dan saling menghargai dalam kalangan warganya.

Katanya, sikap demikian akan menjadikan anak didik lebih matang dan tahu menghormat­i serta berbudaya cemerlang apabila berada di luar kawasan sekolah.

“Ini adalah merupakan usaha berterusan pihak sekolah yang akan terus ditambah nilai dari semasa ke semasa agar Program Murid Penyayang ini dapat dilestarik­an di sekolah ini,” katanya.

Pada hari yang sama, pihak sekolah juga telah mengadakan sambutan Hari Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia.

Seramai 350 warga SK Tungku telah meraikan seramai 15 guru dan pekerja pembersiha­n wanita dengan pelbagai aktiviti menarik.

Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk para guru wanita ke dalam dewan.

Dalam ucapannya, Abdul Hassim mengucapka­n penghargaa­n kepada semua guru lelaki atas usaha dan inisiatif menjayakan sambutan pada hari berkenaan.

“Sambutan pada hari ini bukan sekadar untuk meraikan para guru wanita tetapi jauh lebih daripada itu adalah manifestas­i dan penzahiran konsep ‘rukut-rukut’ yang diamalkan di sekolah selama ini.

“Kerjasama yang erat dan padu ini telah berjaya menaikkan nama SK Tungku di dalam pelbagai bidang bukan sahaja di peringkat zon dan daerah malah ke peringkat negeri. Perestasi akademik juga semakin meningkat dan memberangs­angkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua guru terus mengamalka­n sikap saling menghargai dan menyayangi serta mengamalka­n sikap bekerjasam­a sepanjang masa untuk mempastika­n sekolah itu terus menuju ke arah kecemerlan­gan pada masa akan datang.

Majlis itu juga sebagai tanda penghargaa­n pihak sekolah kepada guru dan staf wanita yang telah turut serta dalam usaha membangun dan menajukan sekolah dengan penuh komited dan dedikasi yang tinggi.

 ??  ?? SALAH seorang guru wanita yang menerima sekuntum bunga sebagai tanda penghargaa­n dan terima kasih daripada murid-murid.
SALAH seorang guru wanita yang menerima sekuntum bunga sebagai tanda penghargaa­n dan terima kasih daripada murid-murid.
 ??  ?? ANTARA guru wanita yang diraikan.
ANTARA guru wanita yang diraikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia