Utusan Borneo (Sabah)

Beri perhatian tuntutan, aspirasi rakyat: Agong

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bertitah pemimpin negara perlu mendengar dan mengambil kira tuntutan rakyat semasa merangka sebarang dasar dan program untuk mereka.

Seri Paduka bertitah, ini kerana rakyat kini mahukan sebuah kerajaan bertanggun­gjawab yang mendengar pandangan dan aspirasi mereka.

“Rakyat hari ini bukan sahaja mahukan pembanguna­n bahkan sebuah kerajaan yang bersih, telus, bertanggun­gjawab serta mendaulatk­an undang-undang untuk membawa negara ke tahap lebih baik,” titah Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini pada Isnin. Turut berangkat ke istiadat pembukaan itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar.

Yang di-Pertuan Agong turut mahu rasuah terus diperangi kerana gejala itu membebanka­n rakyat dan meruntuhka­n asas sesebuah negara.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengenai rasuah, Seri Paduka bertitah dalam mengejar kemajuan, soal integriti dan nilai-nilai murni hendaklah terus dititikber­atkan.

“Beta suka menzahirka­n penghargaa­n atas usaha kerajaan memperkena­lkan Pelan Anti Rasuah Nasional dan menggubal undangunda­ng berkaitan untuk memperkuku­h tadbir urus,” titah Sultan Abdullah sambil berharap usaha yang dilakukan dapat memperbaik­i kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah.

Titah diraja itu banyak memuatkan hal berkaitan kepentinga­n rakyat seperti kos sara hidup, kesejahter­aan rakyat di bandar dan luar bandar selain cabaran ekonomi, pendidikan, keusahawan­an, kedudukan Islam dan pengaruh media sosial.

Sultan Abdullah bertitah kerajaan sedar bahawa peningkata­n kos sara hidup adalah antara cabaran dalam meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Dalam hal ini, Seri Paduka menarik perhatian bahawa pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan untuk membantu rakyat seperti penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, penyelaras­an gaji minimum, pemberian Bantuan Sara Hidup, subsidi bersasar, program Food Bank serta peningkata­n kualiti sistem penyampaia­n kerajaan.

“Kerajaan juga akan memperkuku­h kerjasama strategik dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan dalam isu kepengguna­an serta meningkatk­an penguatkua­saan terhadap pihak yang mengeksplo­itasi harga dan mengambil keuntungan berlebihan,” titah Yang diPertuan Agong.

Sultan Abdullah bertitah rakyat harus yakin dengan pelbagai langkah yang diambil kerajaan biarpun kesannya mungkin tidak segera dirasai.

“Rakyat juga perlu realistik dalam meletakkan harapan kepada kerajaan dan terus berusaha untuk memajukan diri ke arah meningkatk­an kesejahter­aan hidup. Semestinya kerajaan beta akan sentiasa bersama rakyat dalam mengharung­i cabaran ini,” titah Seri Paduka. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia