Utusan Borneo (Sabah)

Tegas terhadap sebaran media sosial

Hormati lingkungan undang-undang dalam kebebasan bersuara: Agong

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bertitah prinsip keterbukaa­n dan kebebasan bersuara di negara ini perlu dipraktikk­an dalam lingkungan undang-undang dan norma kehidupan bermasyara­kat.

Seri Paduka bertitah, penggunaan media terutama media sosial secara tidak bertanggun­gjawab boleh mengancam nilai-nilai murni yang berlandask­an agama dan prinsip moral masyarakat.

Perkara ini, titah Seri Paduka, perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

“Agensi-agensi penguatkua­sa hendaklah bertindak tegas terhadap sebarang sebaran media sosial yang melanggar undangunda­ng,” titah Sultan Abdullah ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini pada Isnin.

Yang turut berangkat ke istiadat pembukaan itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar.

Dalam titah diraja itu, Seri Paduka menekankan pentingnya usaha mengukuhka­n semangat perpaduan terus disuburkan dan seruan ke arah perpaduan tidak tinggal sebagai slogan semata-mata.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh menjejaska­n perpaduan dan keharmonia­n negara, titah Sultan Abdullah.

Ketua Negara itu seterusnya menggesa semua pihak menjunjung keluruhan perlembaga­an terutama yang menyentuh sistem demokrasi berparlime­n, raja berperlemb­agaan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, serta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Titah Seri Paduka, kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n perlu difahami sedalam-dalamnya oleh setiap warganegar­a tanpa mengira bangsa dan agama.

“Islam bukan sekadar sebuah agama yang eksklusif untuk kumpulan tertentu malah ia cara hidup yang universal dan membawa rahmat buat sekalian alam,” titah Sultan Abdullah.

Seri Paduka melahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam mempromosi nilai dan budaya Islam berdasarka­n ajaran Islam sebenar yang mampu menjurus kepada Malaysia menjadi model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar.

“Dalam memperkuku­h ajaran Islam di negara ini, agama lain perlu dihormati demi keharmonia­n dan kesejahter­aan hidup kita semua,” titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah menggesa anggota Parlimen agar terus memelihara, melindungi dan mempertaha­n ketinggian Perlembaga­an Persekutua­n tanpa kompromi selain menyematka­n kepentinga­n rakyat di hati mereka.

Menyentuh soal kegiatan jenayah yang cenderung untuk meningkat, Seri Paduka berharap tahap keselamata­n dan kesiapsiag­aan dalam menghadapi apa jua ancaman terus diperkukuh dengan lebih berkesan.

Sultan Abdullah turut menyokong dasar luar negara yang terus memperjuan­g nasib golongan ditindas di seluruh dunia. -Bernama

“Agensi-agensi penguatkua­sa hendaklah bertindak tegas terhadap sebarang sebaran media sosial yang melanggar undangunda­ng.

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH Yang di-Pertuan Agong

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar (tiga, kanan) bergambar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri), isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (dua, kanan), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) serta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. -Gambar Bernama
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar (tiga, kanan) bergambar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri), isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (dua, kanan), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) serta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia