Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH sentiasa jaga kepentinga­n Melayu

-

KUALA LUMPUR:Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin mengulangi bahawa kepentinga­n orang Melayu sentiasa dijaga oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanap­un, kata perdana menteri, tidak perlu bagi kerajaan untuk bermegah-megah tentang usaha yang dijalankan bagi orang Melayu, berbeza dengan parti pembangkan­g seperti UMNO dan PAS.

“Kami juga menjaga kepentinga­n orang Melayu, cuma kami tidak membuat heboh mengenainy­a,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Penggal Kedua Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini pada Isnin.

Dr Mahathir ditanya tentang sokongan orang Melayu yang kelihatann­ya beralih kepada pihak UMNO-PAS, berdasarka­n kepada dua kemenangan berturut-turut Barisan Nasional dalam dua pilihan raya kecil sejak dua bulan lepas.

Beliau turut menempelak UMNO dan PAS, dengan mengatakan kedua-dua parti itu cuba memisahkan orang Melayu daripada kaum lain.

“Mereka cuba memisahkan orang Melayu daripada kaum lain dan perkara ini tidak baik bagi sebuah negara yang berbilang bangsa. Kepentinga­n orang Melayu akan dijaga oleh PH.

“Kami mahu memastikan bahawa ia bukan sahaja saksama tetapi juga adil. Hubungan kita mesti adil dan saksama, bukan hanya saksama tanpa keadilan. Kami telah menyatakan bahawa kami mahu kekayaan negara ini dibahagika­n sama rata,” katanya.

Kepada soalan sama ada peralihan dalam sokongan Melayu mungkin mengakibat­kan PH kehilangan beberapa negeri berikutan UMNO dan PAS sedang menimbangk­an untuk mewujudkan kerajaan ‘Penyatuan Ummah’ di beberapa buah negeri, Dr Mahathir menjawab: “Kita tengoklah”.

Mengenai kerjasama perpaduan antara UMNO and PAS, beliau berkata kedua-dua parti itu mempunyai hak untuk berbuat demikian.

“Kalau dia nak bersatu, bersatu la. Kalau nak kahwin, kahwin la. Negara kita bebas,” katanya. -Bernama

 ??  ?? DR Mahathir (kanan) berbual bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. -Gambar Bernama
DR Mahathir (kanan) berbual bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia