Utusan Borneo (Sabah)

Usah manipulasi hak kebebasan bersuara promosi budaya LGBT

-

PETALING JAYA: Rakyat digesa agar tidak memanipula­si hak kebebasan bersuara dengan mempromosi­kan budaya lesbian, gay, biseksual, transgende­r dan queer atau kelompok yang mempersoal­kan identiti seksual diri (LGBTQ) di negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata tindakan itu yang secara jelas melanggar fitrah alam dan manusia normal sebenarnya mampu menjejaska­n keharmonia­n dan ketenteram­an awam.

Justeru itu, kerajaan perlu bertindak tegas dan pantas bagi mengekang sebarang amalan songsang atau kegiatan termasuk perhimpuna­n membabitka­n golongan LGBT, katanya yang mewakili Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dalam sidang media di sini pada Isnin.

“Golongan LGBT tidak sepatutnya memaksa konservati­f (masyarakat) menerima gaya hidup mereka kerana kita masih ada sensitivit­i. Ini secara tidak langsung boleh mengundang tindakan provokatif daripada kumpulan berkenaan (masyarakat konservati­f).

“Dalam masa yang sama, kita juga tidak menyokong sebarang keganasan atau diskrimina­si terhadap manamana pihak termasuk kepada LGBT. Kami hanya tidak mahu mereka mempraktik budaya songsang di tempat terbuka,” katanya.

Sabtu lepas, media melaporkan dalam satu himpunan dan perarakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang diadakan berhampira­n sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ dan mengibarka­n bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Perhimpuna­n itu tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Muhammad Faiz turut mengecam tindakan penganjura­n perhimpuna­n itu sebagai biadap, tidak sensitif dan terdesak.

Beliau berkata, mereka (peserta perhimpuna­n) cuba menggambar­kan seolah-olah kaum wanita dan pengamal LGBT ini mempunyai status yang sama iaitu kononnya mereka kelompok yang ditindas dalam negara ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia