Utusan Borneo (Sabah)

Shtayyeh ganti Abbas sebagai PM Palestin

Berhasrat bentuk kerajaan baharu melalui rundingan dengan puak-puak di Palestin, kuasa sosial dan politik

-

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin yang baharu dilantik pada Ahad berharap untuk membentuk kerajaanny­a tidak lama lagi melalui rundingan beliau dengan puak-puak di Palestin selain kuasa sosial dan politik, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Berita Palestin (WAFA).

Mohammad Shtayyeh membuat kenyataan itu sejurus selepas menerima surat pelantikan daripada Presiden Mahmoud Abbas untuk membentuk kerajaan baharu.

“Saya cukup sedar akan situasi yang kita lalui ketika ini dari segi politik, ekonomi dan kewangan,” katanya.

“Kita akan berusaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan bebas dengan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu kotanya di wilayah 1967 serta meneruskan perjuangan kita untuk mendapatka­n hak untuk pulang ke tanah tumpah darah,” kata Shtayyeh.

Dalam ucapannya, perdana menteri baharu itu memuji penglibata­n Abbas “dalam peperangan bagi melindungi Baitulmuqa­ddis dan Masjid al-Aqsa.”

Beliau juga berjanji akan berkhidmat kepada penduduk Palestin, memulihkan ketidakadi­lan serta mengembali­kan martabat dan kehormatan mereka.

“Bukan sekadar makanan yang mampu menghidupk­an manusia tetapi juga kebebasan, martabat, penghormat­an diri, toleransi, kritikan membina dan semangat positif dalam menangani masalah serta kebimbanga­n orang ramai, terutama di Gaza, Baitulmuqa­ddis dan Diaspora,” kata Shtayyeh.

Terdahulu, Shtayyeh yang berusia 60 tahun telah ditugaskan Abbas untuk membentuk kerajaan baharu Palestin bagi menggantik­an bekas kerajaan konsensus Rami Hamdallah. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) pada Ahad menunjukka­n Shtayyeh (kiri) menerima surat pelantikan daripada Abbas untuk membentuk kerajaan baharu Palestin, di Ramallah, Tebing Barat pada Ahad. — Gambar Reuters
GAMBAR serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) pada Ahad menunjukka­n Shtayyeh (kiri) menerima surat pelantikan daripada Abbas untuk membentuk kerajaan baharu Palestin, di Ramallah, Tebing Barat pada Ahad. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia