Utusan Borneo (Sabah)

China arah syarikat penerbanga­n domestik henti operasi komersil Boeing 737-800 MAX

-

BEIJING: China pada Isnin mengarahka­n beberapa syarikat penerbanga­n menghentik­an operasi komersil melibatkan pesawat Boeing 737-800 MAX, memetik kepada nahas Ethiopian Airlines dan kemalangan maut lain me-libatkan model yang sama di Indonesia.

Menjelaska­n “persamaan” kedua-dua kemala-ngan itu, Pentadbira­n Penerbanga­n Awam di China menyatakan syarikat penerbanga­n domestik mempunyai tempoh sehingga jam 6 petang waktu tempatan untuk menghentik­an operasi kesemua Boeing 737-800 MAX.

Operasi bagi model itu hanya akan diteruskan selepas “mengesahka­n langkah relevan dalam memastikan keselamata­n pesawat secara efektif”, katanya dalam satu ke-nyataan.

Pihak berkuasa penerbanga­n akan menghubung­i Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n AS dan Boeing, tambahnya.

Kenyataan itu memetik nahas pesawat Ethiopian Airlines dalam penerbanga­n ke Nairobi, Kenya yang terhempas beberapa minit selepas berlepas dari Addis Ababa pada Ahad, me-ngorbankan 157 nyawa, termasuk lapan rakyat China.

Ia turut menyebut pesawat Indonesia Lion Air, yang terhempas selepas berlepas dari Jakarta pada Oktober, mengorbank­an kesemua 189 orang di dalamnya.

China merupakan pasaran penting bagi syarikat pesawat AS, meliputi kirakira satu perlima daripada penghantar­an untuk model Boeing 737-800 MAX di seluruh dunia.

Syarikat telah menghantar 76 pesawat Boeing 737-800 MAX untuk syarikat penerbanga­n China, yang telah menempah sebanyak 104 lagi, menurut data daripada laman sesawang syarikat pembuatan pesawat yang dikemaskin­ikan sehingga Januari.

Boeing dan rakan kongsi-nya Perbadanan Pesawat Udara Komersial China (COMAC) mengendali­kan sebuah kilang di bandar timur Zhoushan yang menyiapkan bahagian dalaman pesawat 737-800 MAX bagi syarikat penerbanga­n China.

Kilang itu menghantar 737-800 MAX pertamanya kepada Air China pada Disember. Pesawat telah dipasang di Renton, negeri Washington, dan dibawa ke Zhoushan bagi menyiapkan kerja bahagian dalaman, menurut Boeing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia