Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Greek terselamat dari nahas Ethiopian Airlines akibat tiba lewat

-

ATHENS: Seorang lelaki Greek pada Ahad berkata beliau nyaris menjadi penumpang ke-150 pesawat Ethiopian Airlines dalam penerbanga­n ke Nairobi yang terhempas dan membunuh kesemua 149 penumpang dan lapan anak kapal, kerana beliau tiba lewat dua minit untuk penerbanga­n.

“Saya berasa sangat marah kerana tiada sesiapa yang membantu saya untuk sampai ke pintu pelepasan tepat pada masanya,” kata Antonis Mavropoulo­s dalam kenyataan Facebook bertajuk “My lucky day” (Hari bertuah saya) di mana beliau turut menunjukka­n sekeping gambar tiketnya.

Mavropoulo­s, presiden bagi Internatio­nal Solid Waste Associatio­n, sebuah organisasi bukan perniagaan, mahu pergi ke Nairobi untuk menghadiri perhimpuna­n tahunan bagi Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Berita Athens.

Beliau sepatutnya menaiki pesawat tersebut namun beliau telah tiba di pintu pelepasan hanya dua minit selepas ia ditutup.

Beliau menempah satu penerbanga­n kemudian namun telah dihalang dari menaikinya oleh kakitangan lapangan terbang.

“Mereka membawa saya ke balai polis di lapangan terbang. Pihak berkuasa memberitah­u saya agar tidak membantah sebaliknya berdoa kepada Tuhan kerana saya merupakan satu-satunya penumpang yang tidak menaiki pesawat ET 302 yang hilang,” kata Mavropoulo­s dalam kenyataann­ya di mana beliau mengakui berasa sangat terkejut.

Pihak berkuasa lapangan terbang menerangka­n bahawa mereka mahu menyoal beliau kerana beliau adalah satusatuny­a penumpang yang menempah untuk pesawat itu yang tidak menaikinya.

“Mereka berkata mereka tidak dapat melepaskan saya sebelum memeriksa identiti saya, sebab kenapa saya tidak menaiki pesawat tersebut dan sebagainya.”

Pesawat Boeing 737 yang dalam penerbanga­n ke Nairobi terhempas hanya beberapa minit selepas berlepas pada awal pagi Ahad dari Addis Ababa.

Penumpang yang memiliki pasport dari lebih 30 negara berada di dalam pesawat tersebut bersama beberapa pekerja PBB.

Ethiopian Airlines milik negara menerima penghantar­an Boeing 737-800 MAX pada 15 November. Ia merupakan jenis yang sama dengan sebuah pesawat yang terhempas pada Oktober selepas berlepas dari Jakarta, membunuh semua 189 orang di dalamnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia