Utusan Borneo (Sabah)

Militia Yaman disyaki rogol kanak-kanak: Amnesty

-

DUBAI: Kanak-kanak semuda usia lapan tahun telah dirogol di sebuah bandar yang dikepung di Yaman yang dilanda peperangan, kata Amnesty Internatio­nal pada Isnin, dengan anggota militia di kalangan pelaku yang disyaki.

Amnesty menyatakan ia telah mendokumen­kan bukti bagi kejadian rogol melibatkan tiga budak lelaki dan serangan seksual terhadap mangsa keempat di bandar barat daya Taez, dikawal oleh pasukan tentera prokerajaa­n dan dikepung oleh pemberonta­k Yaman.

Keluarga kepada empat budak lelaki itu, berusia lapan hingga 16 tahun, memberitah­u Amnesty, anak lelaki mereka telah diserang sejak lapan bulan lepas, termasuk di sebuah masjid, namun pihak berkuasa di kawasan tersebut tidak bersikap responsif.

Kesemua empat keluarga telah melaporkan serangan tersebut kepada Unit Siasatan Jenayah di Taez, kata Amnesty. Tiada langkah perundanga­n yang telah diambil.

“Rogol dan serangan seksual dilakukan dalam konteks konflik bersenjata merupakan jenayah perang,” kata Heba Morayef, pengarah Amnesty untuk Timur Tengah dan Afrika Utara.

“Komander yang gagal menghalang tindakan amat kejam ini turut bertanggun­gjawab bagi jenayah perang.”

Ibu kepada seorang budak lelaki berusia lapan tahun memberitah­u Amnesty, anak lelakinya telah dirogol sekurang-kurangnya dua kali pada tahun 2018 di sebuah masjid, setiap kali oleh dua lelaki termasuk anak lelaki kepada seorang imam yang dikaitkkan dengan Islah.

Al-Islah merupakan sebuah parti Islamis Yaman dengan hubungan sejarah kepada Ikhawanul Muslimin dan Arab Saudi.

Laporan perubatan diperiksa oleh Amnesty menunjukka­n budak lelaki itu mengalami masalah pergerakan dan konkusi akibat serangan tersebut.

Bapa kepada seorang budak lelaki berusia 13 tahun melaporkan anak lelakinya telah dirogol oleh dua lelaki yang sama di masjid yang sama.

Seorang lagi budak lelaki, dilaporkan telah dirogol pada Disember, memberitah­u Amnesty bahawa dia telah diserang dengan diacukan senjata oleh “seorang anggota militia yang dikaitkan dengan Islahi”.

“Dia tidak dapat duduk selepas itu atau pergi ke tandas selama tiga hari,” kata ibu kepada remaja berusia 16 tahun itu.

“Dia hanya duduk di sana sambil termenung.”

Mungkin terdapat beberapa kes lain yang tidak dilaporkan, kata Amnesty, ketika keluarga selalunya terlalu takut kepada pihak militia, yang telah berkembang dalam kekecohan peperangan, untuk tampil ke depan.

Pesalah keganasan seksual yang disabitkan boleh dijatuhkan hukuman mati di bawah undang-undang Yaman. Beberapa lelaki telah dihukumn mati di depan umum sejak beberapa tahun lepas bagi kesalahan merogol dan membunuh kanak-kanak.

Peperangan antara pemberonta­k Houthi di Yaman, dikaitkan dengan Iran, dan satu pakatan tentera prokerajaa­n diketuai oleh Arab Saudi telah mengorbank­an hampir 10,000 orang, termasuk 2,200 kanak-kanak, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kumpulan lain menyatakan angka adalah jauh lebih tinggi.

Konflik telah mencetuska­n apa yang Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu kata adalah krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia, dengan hampir 14 juta rakyat Yaman berdepan risiko kebuluran disebabkan oleh keganasan, kemiskinan, penyakit dan sekatan.

Kedua-dua pihak berdepan tuduhan bagi tindakan yang mungkin bersamaan dengan jenayah perang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia