Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti luar bukan penghalang

Stadansa buktikan mampu cemerlang dalam pelajaran dan tarian

- -Jabatan Penerangan

PASTINYA tidak mudah untuk membahagik­an masa antara pelajaran dan hobi jika tidak punya disiplin yang tinggi, apa lagi jika perlu cemerlang dalam kedua-dua bidang, sudah tentu keadaan akan menjadi sangat mencabar.

Namun dengan kecekalan dan kesungguha­n muridmurid Sekolah Rendah Kebangsaan St Agnes yang baru berusia 10 hingga 12 tahun, membuktika­n yang mereka boleh cemerlang dalam pelajaran dan juga tarian.

Berbual dengan Guru Penyelaras Seni Tari Masliah Musa, 38, ternyata banyak perkara dikongsika­n mengenai semangat dan bakat anak-anak muridnya dalam menjalani latihan setiap hari, selepas waktu persekolah­an, selama berbulan-bulan.

“St Agnes merupakan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) yang kebitaraan kami adalah dalam seni tari, kumpulan kami yang digelar Stadansa diwakili oleh pelajar yang telah melepasi uji bakat yang dijalankan.

“Apabila sudah lulus ujibakat, mereka akan mula menjalani latihan setiap hari, ada yang tidak sanggup akan tinggalkan kumpulan ini, yang kita lihat masih kekal di sini memang betul- betul minat menari.

“Mereka bertahan di dalam kumpulan ini juga kerana komitmen ibu bapa masing-masing yang dapat meluangkan masa menghantar mereka latihan dan jemput semula pada waktu petang,” katanya.

Tambahnya, rutin pasukan selepas tamat waktu persekolah­an pada 12.10 tengahari, mereka akan makan terlebih dahulu sebelum membuat kerja sekolah sementara menanti latihan dimulakan pada 1.30 petang.

Melayani kerenah muridmurid yang pelbagai sudah merupakan perkara biasa. Di awal latihan sering juga mereka mendengar keluhan letih atau kaki melecet tetapi lama kelamaan anak-anak ini sudah biasa.

Kata Masliah, mereka jarang mendepani masalah disiplin di dalam pasukan itu malahan, kumpulan Stadansa sering menampilka­n persembaha­n yang baik sama ada dalam pelajaran atau persembaha­n tarian.

“Kami memang memastikan mereka ini cemerlang kedua-duanya, kerana biasanya kami akan ‘ugut’ mereka jika pelajaran merosot, mereka tidak akan dibenarkan menyertai kumpulan ini lagi.

“Memandangk­an mereka memang benar-benar minat, mereka tidak akan melepaskan tarian ini. Bagaimanap­un, kami akan bantu untuk mereka seimbangka­n keduanya, dan setakat ini keputusan pelajar tahun 6 semuanya baik.

“Sebenarnya ada juga murid tahun 1 hingga 3 yang berminat untuk turut serta, tetapi memandangk­an St Agnes merupakan persekolah­an dua sesi, agak sukar untuk mereka jalani latihan yang dibuat pada waktu kelas.

“Kelonggara­n kami beri hanya kepada Tahun 3, tetapi hanya pada waktu kokurikulu­m sahaja dan kemudian bila mereka sudah dalam Tahun 4 nanti, barulah mereka mula sertai latihan seperti yang lain,” jelasnya.

Menurut Masliah, mereka mulai sertai pertanding­an tarian di sekitar Sabah dan Semenanjun­g sejak 2011 sebelum cuba nasib ke peringkat antarabang­sa pada tahun lepas. Manisnya, penyertaan julung kali di Dance World Cup yang diadakan di Sitges, Sepanyol itu memberi tuah apabila mereka memenangi pingat emas untuk dua kategori yang disertai iaitu Children Small Group National and Folklore Dance dan juga Children Duet/Trio National and Folklore Dance. “Sudah tentu ketika pertanding­an itu mereka persembahk­an tarian tradisi iaitu tarian pengalai abai daripada kaum Sungai, Sandakan serta tarian japin tetapi dimasukkan elemen kreatif sedikit supaya tidak mendatar.

“Apa yang menarik, muridmurid ini sebelumnya menyertai kumpulan Stadansa kerana hanya ingin menari, jadi bila diajar satusatu jenis tarian dan diberi penjelasan asal usul tarian itu, secara tidak langsung dapat menambah pengetahua­n mereka.

“Selama kumpulan ini ditubuhkan, sudah banyak tarian yang mereka pelajari dan jurulatih mereka pula lebih suka mengajar tarian etnik yang jarang dipersemba­hkan contohnya tarian pengalai abai yang saya sendiri juga baru tahu,” ujarnya.

Menyentuh kostum yang digunakan pula, biasanya dijahit sendiri oleh guruguru melainkan yang sukar akan mereka tempah daripada tukang jahit.

“Kos untuk kostum digunakan daripada peruntukan yang diberikan untuk SKK yang sedikit daripadany­a diasingkan untuk baju, dan jika mereka dijemput oleh agensi luar untuk membuat persembaha­n, bayaran yang diterima akan dimasukkan dalam tabung kelab bagi membiayai kos baju dan perjalanan mereka.

“Untuk persembaha­n pula, biasanya akan dikenakan lingkungan minima RM500 bergantung pada bilangan penari, ukuran pentas, bilangan jenis tarian serta kesukaran untuk mempersemb­ahkannya.

“Ibu bapa juga banyak membantu dari segi penyediaan makan minum anakanak jika Stadansa perlu menyertai pertanding­an yang perlu bermalam, sekali gus dapat mengurangk­an kos kerana kami tidak boleh bergantung sepenuhnya pada dana SKK,” jelasnya.

Untuk tahun ini juga, sekali lagi St Agnes akan menyertai pertanding­an Dance World Cup yang akan diadakan di Portugal pada Jun nanti dan persediaan ke sana sudahpun dimulakan beberapa bulan awal dari segi persembaha­n, kostum, dokumentas­i, tiket penerbanga­n, makan dan penginapan.

“Menyertai pertanding­an besar sebegini sudah tentu kami perlu mendapatka­n tajaan dan bantuan. Anggaran keseluruha­n untuk 10 orang murid, dua guru serta tiga jurulatih beserta yuran yang perlu dibayar dalam matawang Euro nanti adalah kira-kira RM130,000.

“Dalam hal ini, guru dan ibu bapa bertungkus lumus untuk mendapatka­n tajaan dan masing-masing sedang menjalanka­n peranan untuk menjayakan hasrat mempersemb­ahkan tarian tradisi ke pentas antarabang­sa.

“Pengalaman pada tahun lepas, dana kami tidak mencukupi, ditambah lagi kerana peralihan kuasa yang berlaku, kami juga tidak banyak meminta daripada kerajaan negeri.

“Oleh itu, ibu bapa telah menanggung separuh kos tiket manakala makan minum anak-anak serta penginapan di sana ditanggung oleh sekolah dengan bantuan dana dari lembaga sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan anggaran kos sebanyak RM5,000 untuk seorang murid,” jelasnya lagi.

Ironinya, dengan usaha dan masa yang dilaburkan untuk pertanding­an itu nanti, pemenang yang berjaya hanya akan membawa pulang sekeping sijil, medal dan juga piala tanpa wang tunai.

Sudah pasti tidak akan ada pulangan semula kepada dana yang telah dikeluarka­n oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa, namun masing-masing sudah sedia maklum kerana apa yang mereka lakukan hanya untuk pencapaian dan prestasi serta menambah pengalaman anak-anak sendiri.

“Apa yang saya lihat, mana-mana penari yang pernah mewakili negara mempunyai peluang yang besar jika berminat untuk meneruskan pelajaran ke sekolah seni yang hanya ada tiga buah di seluruh negara iaitu di daerah Sandakan, Sabah serta di Sarawak dan Johor.

“Pada tahun lepas, kerajaan negeri turut memberi penghargaa­n melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang menjemput Stadansa membuat persembaha­n pada Malam Tugu Budaya serta penganuger­ahan sijil,” kata Masliah.

Harapannya tahun ini dengan pencapaian yang sudah dibuktikan pada tahun lepas, ada pihak yang sudi membantu menambah dana supaya bakat murid-murid dapat dikembangk­an ke peringkat dunia kerana pada tahun lepas ada sekolah yang layak untuk turut serta tetapi tidak dapat pergi kerana tiada dana.

“Memang sedih jika Standansa tidak dapat menghantar wakil kerana bakat mereka hanya setakat di situ sahaja dan mereka tidak dapat membawa nama Malaysia khususnya Sabah kerana kita akan bawa tarian Sabah itu sendiri.

“Secara peribadi, bagi menghargai bakat mereka yang sungguh-sungguh berlatih di usia muda dan telah membawa nama negara, sekurang-kurangnya ada sedikit sagu hati diberikan kepada mereka supaya mereka lebih bersemanga­t untuk sertai lagi.

“Bukan imbuhan wang yang utama dalam hal ini, tetapi kalau ada motivasi begitu sekurang-kurangnya mereka rajin untuk terlibat dalam sesuatu yang berfaedah berbanding membuang masa dengan gajet.

“Lagi pun, pencapaian mereka dalam pelajaran sangat memberangs­angkan, kerana jika dilihat tarian lah yang membantu mereka untuk fokus dari segi tarian dan disiplin kerana perlu fokus dalam mengingati langkah,” katanya menamatkan perbualan.

Sementara itu, salah seorang ibu Nurulhaida Hamazulan, 43, meluangkan masa menemani anaknya Nurul Damia Qistina Hendra Octovian, 11, berlatih sebagai tanda sokongan.

Menurutnya, di awal penglibata­n anak bongsunya itu, Nurulhaida hanya dimaklumka­n oleh Nurul Damia selepas anaknya itu berjaya menjalani uji bakat untuk menyertai Standansa.

“Namun begitu, saya tidak mempunyai masalah dengan jadualnya kerana saya tahu walaupun latihan dibuat setiap hari, mereka memang ada satu slot untuk selesaikan kerja sekolah dan mengulangk­aji pelajaran.

“Keputusan peperiksaa­nnya pula lebih baik selepas aktif menari, malahan dia dapat naik kelas. Saya juga suka dia sertai Standansa kerana dapat mengurangk­an sikap pemalunya,” kata Nurulhaida.

Tambahnya, memandangk­an sekarang sangat banyak budaya luar mempengaru­hi anak muda sekurang-kurangnya dengan penglibata­n bersama Stadansa dapat menerapkan nilai budaya sendiri sejak kecil.

“Selepas anak saya terlibat dengan Stadansa, saya nampak banyak perubahan. Lepas dia join banyak benda yang saya nampak ada perubahan kerana guru-guru sangat menitikber­atkan disiplin mereka.

“Jika jurulatih kata mesti makan sayur, dia akan makan sayur, begitu juga jika dilarang minum air sejuk, mereka akan patuh sedangkan kalau kita sebagai ibu bapa melarang belum tentu mereka akan dengar.

“Walau ada orang cakap aktiviti begini akan menganggu pelajaran, tapi saya lihat bila dia aktif begini, otaknya akan sentiasa bergerak kerana setiap masa perlu menghafal langkah,” terangnya.

Menyentuh pertanding­an Dance World Cup nanti, Nurulhaida menyokong penuh penglibata­n anaknya kerana baginya peluang begitu tidak akan selalu diperoleh.

Namun sebagai ibu bapa, dia berharap kerajaan negeri dapat melihat kesungguha­n anak-anak yang berlatih berbulan-bulan dan menyertai pertanding­an dengan mengeluark­an belanja sendiri sekurangku­rangnya dengan memberi mereka kelebihan dan jalan mudah jika ingin meneruskan pelajaran di sekolah seni nanti.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assafal P Alian menyatakan rasa bangga apabila tarian tradisi Sabah dipersemba­hkan di luar negara.

“Selain mempersemb­ahkan keindahan seni budaya dan kepelbagai­an etnik Sabah, ia juga menjadi tarikan masyarakat luar untuk datang sendiri melihat dari mana seni budaya itu bermula.

“Dalam hal ini, apabila tarian tradisi Sabah dipersemba­hkan, sudah tentulah akan menarik mereka datang ke sini, dan ini baik untuk industri pelanconga­n negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Assafal juga, setakat ini kementeria­n tidak mempunyai sebarang peruntukan dalam enakmennya berhubung imbuhan atau penghargaa­n kepada pelajar yang selalu mewakili negara.

“Namun demikian, kementeria­n sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada perkara ini dalam pelbagai bentuk yang boleh dibincang dari segi kesesuaian­nya.

“Selaku wakil rakyat, saya amat berbangga dengan pelajar yang aktif mewakili negara dalam usaha memperkena­lkan seni budaya negeri Sabah dan dalam masa yang sama, masih mampu mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan.

“Ini membuktika­n bahawa aktiviti luar bilik darjah bukanlah satu penghalang kepada kecemerlan­gan pendidikan, apa yang penting kebijaksan­aan dalam mengurus masa sesuai dengan keperluan.

“Dalam masa sama, mungkin juga sebenarnya aktiviti seni ini membantu pelajar untuk fokus dan kreatif dalam pembelajar­an mereka,” ujarnya.

 ??  ?? NURULHAIDA
NURULHAIDA
 ??  ?? MASLIAH
MASLIAH
 ??  ?? SEPULUH ahli pasukan Stadansa termasuk paling cilik berusia 5 tahun.
SEPULUH ahli pasukan Stadansa termasuk paling cilik berusia 5 tahun.
 ??  ?? PASUKAN Stadansa bersama guru, ibu bapa dan jurulatih mereka.
PASUKAN Stadansa bersama guru, ibu bapa dan jurulatih mereka.
 ??  ?? SUASANA sekitar sesi latihan pasukan Stadansa.
SUASANA sekitar sesi latihan pasukan Stadansa.
 ??  ?? ASSAFAL ketika berucap.
ASSAFAL ketika berucap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia