Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Lada juara Bola Jaring MSS Labuan

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Lada muncul juara Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2019 yang berlangsun­g di Dewan Sri Kadayan, SK Sungai Lada.

Pengurus pasukan SK Sungai Lada Noranisah Junaidi berkata pasukan itu berjaya meraih johan atas semangat dan kegigihan yang diberikan walaupun tempoh latihan kurang dari dua minggu.

Bagaimanap­un, katanya, para pelajar tidak meninggalk­an waktu pembelajar­an mereka. Di samping itu, mereka juga berlatih pada setiap waktu petang.

“Pemain-pemain ini dilatih oleh bekas pelajar sekolah ini iaitu Nina Amini Rosli dan guru-guru penasihat kelab bola jaring sekolah,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih atas bimbingan dan nasihat guru-guru terbabit.

Pasukan SK Sungai Lada dibarisi Nur Syaqila Saidi (GS), Mysarra Dysuki Annesha (GA), Nurul Maisara Maidan Dali @ Sumardi (WA), Nur Sofrina Safwah Sanusi (C), Claire Ivony Jimeno (GK), Claire Ivony Jimeno (GD), Nur Hidayah Yusrie (WD), Heryssa Hazel Hermon (S), Siti Nuratirah Aminuddin (S), Merilin Idris (S), Diana Emylia (S), Azimah Fauzana Abdul Rauf (S).

Kem SK Sungai Lada terus ceria selepas pemainnya, Mysarra dinobatkan sebagai pemain terbaik kategori Sekolah Rendah.

Pasukan itu dibimbing jurulatih dan guru penasihat yang terdiri daripada Siti Aliza Awg Emran, Federica S Inansul, Marina Mohd dan Ain Adawiyah Bahari.

Noranisah mengucapka­n terima kasih kepada Guru Besar SK Sungai Lada Maidan Dali yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada anak buahnya hingga mampu meraih gelaran juara pada edisi kali ini.

“Ucapan penghargaa­n juga kami tujukan kepada ibu bapa yang banyak memberikan sokongan kepada anak-anak mereka termasuk hadir latihan pada setiap petang,” katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutan Labuan Awang Zain Awg Anak.

Turut hadir, Hisham Abd Aziz (PK HEM SSN Mutiara), Cikgu Ain Adawiyah dan Cikgu Aini Salleh (Pegawai Teknikal Bola Jaring WP Labuan), Maidan, Hajah Dayang Damit @Saidah Haji Mohd (GB SK LayangLaya­ngan), Ismail Abd Hamid (PK Kokurikulu­m SK Layang-Layangan), Noranisah, Marina Mohd dan Federica.

 ??  ?? MAIDAN (duduk, dua kanan) bersama guru-guru dan ibu bapa meraikan kejayaan pasukan Bola Jaring SK Sungai Lada muncul juara MSSWP Labuan.
MAIDAN (duduk, dua kanan) bersama guru-guru dan ibu bapa meraikan kejayaan pasukan Bola Jaring SK Sungai Lada muncul juara MSSWP Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia