Utusan Borneo (Sabah)

Liga Juara-Juara: Bersedia untuk satu kebangkita­n, laung Ronaldo

-

TURIN, Itali: Impian Liga Juara-Juara buat Juventus kini bergantung kepada keupayaan Cristiano Ronaldo melakukan satu lagi kebangkita­n ketika juara Serie A Itali itu ketinggala­n 0-2 kepada Atletico Madrid menjelang perlawanan kedua pusingan kedua di Turin hari ini.

“Kami tidak menjangka akan tewas 0-2 pada perlawanan pertama tetapi apa sahaja boleh berlaku, dan kami mahu memberikan respon yang hebat di tempat sendiri, di hadapan penyokong sendiri,” kata Ronaldo.

“Ini adalah malam yang hebat, perlawanan menarik: malam Liga Juara-Juara,” tambah beliau.

“Pasukan berasa yakin dapat bermain dengan baik dan begitu juga saya. Kepada penyokong, saya berkata: berfikir positif, mari terus percaya. Bersedia untuk satu kebangkita­n!”

Juventus membeli Ronaldo dari Real Madrid pada musim panas lepas dengan yuran perpindaha­n 100 juta euro, dalam usaha untuk memburu kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 23 tahun.

Penyerang berusia 34 tahun itu menyingkir­kan Juventus di sukuakhirm­usim lepas untuk sekali lagi menafikan impian Juventus untuk memenangi kejohanan elit peringkat kelab di Eropah itu.

Jangkaan adalah tinggi di mana beliau boleh mengulangi hatrik yang membantu Real Madrid menewaskan Wolfsburg pada April 2016 ketika Real tewas 02 pada perlawanan pertama.

Juventus sudah bangkit dari ketinggala­n sebanyak lapan kali di Eropah – termasuk perlawanan suku akhir 1996 menentang Real Madrid ketika muncul juara.

Mereka juga memenangi trofi Eropah pada 1985 tetapi sudah muncul naib juara sebanyak lima kali sejak kejuaraan terakhir, termasuk dua kali dalam tempoh empat tahun

terakhir. “CR7 (Ronaldo) berada di sini untuk itu,” tulis akhbar sukan Itali, Corriere dello Sport, tentang “satu perlawanan di mana Cristiano tidak melakukan kesilapan.” “Beliau tidak dibeli untuk memenangi kejuaraan liga atau menambah jualan cenderahat­i, Juventus sudah lama mahu menamatkan bertahun-tahun kekecewaan.” Ronaldo memenangi lima kejuaraan Eropah, bersama Manchester United dan Real Madrid dan sudah menjaringk­an satu rekod 121 gol, dengan 57 gol terbukti penting. Penjaring terbanyak Liga Juara-Juara untuk enam musim terakhir, beliau bagaimanap­un hanya menjaringk­an satu gol pada musim ini, mempamerka­n satu prestasi di bawah tahap sebenar seperti di Real Madrid.

Sejak menentang Atletico, beliau tidak menjaringk­an gol dalam liga dan sudah dipintas Fabio Quagliarel­la sebagai penjaring terbanyak liga, yang sudah menjaringk­an 20 gol berbanding 19 oleh Ronaldo.

Masalah bagi Juventus ialah mereka perlu menjaringk­an sekurang-kurangnya dua gol ke atas pasukan yang terkenal dengan benteng yang kebal.

Atletico – di tangga kedua La Liga Sepanyol ketika ini – belum bolos satu gol dari lima perlawanan terakhir.

“Semua orang tahu mereka adalah pasukan yang kuat, yang bertahan dengan sangat baik dan tidak mengambil banyak risiko. Mereka juga bermain dengan serangan pantas tetapi kami akan bersedia dan melakukan apa yang kami mampu untuk menewaskan mereka,” kata Ronaldo, yang sudah menjaringk­an 22 gol ke atas Atletico. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia