Utusan Borneo (Sabah)

Masa depan Solari di Madrid masih ‘samar’

-

VALLADOLID, Sepanyol: Tempoh kekalahan Real Madrid mungkin sudah berakhir tetapi jurulatihn­ya, Santiago Solari tidak memberikan sebarang gambaran tentang masa depannya selepas kemenangan 4-1 ke atas Real Valladolid dalam aksi La Liga Sepanyol Ahad lepas.

Ditanya jika ia mungkin perlawanan terakhirny­a sebagai jurulatih, Scolari berkata: “Saya tidak dapat menjawabny­a. Esok kami mempunyai satu sesi latihan dan itulah fokus saya.”

Karim Benzema menjaringk­an dua gol, termasuk satu dari tendangan penalti, di antara gol Raphael Varane dan Luka Modric ketika Real bangkit dari ketinggala­n di Stadium Jose Zorrilla selepas Anuar Tuhami membuka jaringan buat Valladolid dalam separuh masa pertama.

Mereka mungkin sudah mendahului 4-0 sekiranya video bantuan pengadil (VAR) tidak membatalka­n dua gol Sergi Guardiola, dengan satu lagi cubaan terkena palang sementara rembatan penalti awal Ruben Alcaraz melambung tinggi.

Ia adalah 30 minit pertama kucar-kacir, yang bermula dengan masalah lampu stadium padam kerana masalah elektrik sebelum sepak mula dan berakhir dengan Casemiro dibuang padang untuk Real sebelum Modric menjaringk­an gol keempat Real.

Real kekal di tangga ketiga liga, 12 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dan lima mata di belakang Atletico Madrid.

Valladolid adalah lawan pertama Solari dalam liga ketika penampilan pertama beliau sebagai jurulatih Real pada bulan November apabila satu kemenangan 2-0 meletakkan pasukan dalam satu tempoh lapan kemenangan dari sembilan perlawanan.

Tetapi tiga kekalahan ber- turut-turut di tempat sendiri, dua kali kepada Barcelona dan sekali kepada Ajax dalam Liga Juara-Juara, bermakna sebarang rasa kegembiraa­n kemenangan tidak begitu ceria kali ini.

“Ia adalah minggu yang sukar untuk semua orang, juga untuk pemain,” kata Solari.

“Ia digambarka­n pada 20 minit pertama dan memberi kesan kepada kami tetapi selepas itu, kami menunjukka­n sikap profesiona­l yang sebenar, semangat juang yang tinggi dan bagaimana untuk bangkit dari semua itu.”

Keputusan mungkin berat sebelah tetapi menentang pasukan Valladolid yang hanya menjaringk­an satu gol dalam lima perlawanan liga terakhir, prestasi kurang memberangs­angkan, dengan presiden kelab, Florentino Perez, turut hadir menonton perlawanan.

Masa depan Solari hampir pasti akan berakhir pada musim panas nanti atau mungkin lebih awal jika keputusan selepas ini tidak memihak kepada pasukan.

Jose Mourinho dan Zinedine Zidane dikaitkan dengan kepulangan ke kelab pada minggu lepas.

Gareth Bale, Vinicius Junior dan Lucas Vazquez mengalami kecederaan dan tidak diturunkan tetapi masih tiada tempat untuk Isco sementara Sergio Ramos digantung perlawanan.

Valladolid mungkin sudah mendahului 4-0 pad 29 minit pertama tetapi Real berterima kasih kepada VAR sebanyak dua kali selepas Alcaraz melihat penalti minit kedua beliau melambung tinggi.

Guardiola kemudian melihat dua jaringan beliau tidak dibenarkan VAR, pertama menerusi satu tolakan mudah dan kedua dari tandukan tetapi VAR mengesahka­n beliau berkeduduk­an ofsaid.

Valladolid akhirnya menjaringk­an gol sah apabila Anuar menyempurn­akan hantaran lintang Guardiola.

Real meningkatk­an permainan mereka ketika ketinggala­n dan berjaya mengikat kedudukan sebelum rehat apabila Nacho melompat tinggi untuk menghalang penjaga gol Jordi Masip melakukan tangkapan kemas, menyebabka­n Varane menolak bola muntah dengan tenang.

Anuar hampir meletakkan Valladolid kembali di hadapan tetapi gagal menewaskan penjaga gol Thibaut Courtois.

Real menjaringk­an dua gol dalam lapan minit dengan Benzema menjaringk­an kedua-dua gol, pertama sekali dari tendangan penalti sebelum satu tandukan cantik.

Malang Guardiola berterusan apabila rembatanny­a terkena palang sebelum Casemiro dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan ketika berbaki 10 minit permainan.

Walaupun kurang seorang pemain, Real melengkapk­an jaringan menerusi rembatan Modric. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? REAKSI Solari (kiri) ketika menyaksika­n pasukannya beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Valladolid di Stadium Jose Zorrilla in Valladolid­l Ahad lepas.
— Gambar Reuters REAKSI Solari (kiri) ketika menyaksika­n pasukannya beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Valladolid di Stadium Jose Zorrilla in Valladolid­l Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia