Utusan Borneo (Sabah)

Berniaga sambil kongsi ilmu

Haslina buka Lynn Baking Studio

-

MULANYA Haslina Lahita, 45, nekad berhenti kerja sebagai jururawat di klinik sebuah ladang atas desakan kesihatan emaknya namun setelah pemergian emaknya dia mula berasa sunyi dan kemurungan.

Menurut ibu kepada tiga orang anak yang berasal dari Lahad Datu ini, dia seakan tidak menjalani hidup yang lengkap bagai ada sesuatu yang sentiasa berada di fikirannya dan susah untuk diluahkan.

“Saya jadi tidak menentu duduk rumah bukan kerana malas membut kerja-kerja di rumah tapi sebenarnya saya tidak suka melakukan sesuatu yang sama seperti semalam.

“Saya sudah biasa melakukan sesuatu pekerjaan yang memberi saya pengalaman baharu, mempunyai kenalan baharu dan berfikir sesuatu yang mencabar diri saya,” katanya.

Itu antara luahan kepada suaminya, Sharifodin Mohd Tahir, 51, yang sentiasa menyokong setiap usaha yang diimpikann­ya.

Menurut Haslina, dengan restu daripada suaminya dia mula menceritak­an minat dan perancanga­nnya untuk berniaga.

Katanya, suaminya mencadangk­an agar dia memberi fokus untuk membuat kek dan kuihmuih.

“Asal saya buat kek, dia habiskan semuanya dan selalunya bila ada perisa baharu, dia boleh menghabisk­annya sendirian untuk memberi komen mengenainy­a.

“Hal inilah yang membuat saya senang hati seterusnya memberi saya keyakinan yang tinggi untuk menjual produk secara kecil-kecilan dari dapur rumah,” katanya.

Ketika Haslina melalui fasa ‘try and error’ membuat kuih tanpa ada panduan rujukan, dia ‘terjebak’ dengan pelawaan berkursus di pusat latihan kemahiran yang lebih teratur.

Semuanya gara-gara permintaan menemankan rakannya berjalan-jalan di bandar Kajang, Selangor sebelum rakannya masuk berkursus.

Ketika menghantar­nya ke premis berkursus, dia yang mula beredar telah didekati seorang pekerja yang memberi tawaran belajar.

“Saya diajak untuk belajar membuat Durian Crepe, lalu saya tertarik kerana ianya satu produk yang masih asing di Lahad Datu.

“Tidak sangka jualan Durian Crepe di Lahad Datu laris jualannya, seberapa banyak yang dibuat semuanya habis,” katanya yang semakin syok berniaga.

Menurutnya, sejak 2014 dia seakan ketagih mendalami ilmu membuat kuih-muih dari ramai guru yang seterusnya menjadikan­nya ceria gembira kerana berpeluang berkenalan dan membina jaringan dengan pembuat kuih-muih dari seluruh Malaysia.

Setelah melalui pelbagai cabaran hampir lima tahun dengan berniaga dari dapur rumahnya, Haslina kini maju setapak lagi dengan membuka premisnya sendiri diberi nama ‘Lynn Baking Studio’.

Di premis inilah dia menawarkan jualan kuihmuih, perkhidmat­an berkursus secara berkumpula­n dan individu.

Ketika menceritak­an pengalaman­nya dalam bidang ini, Haslina mengungkap­kan konsep perkongsia­n ilmu yang perlu diamalkan kerana beliau yakin ianya memberi berkat di dunia dan akhirat.

“Dalam lima tahun, saya boleh menganggar­kan 500 pelajar berkursus dan setiap hari saya melihat sendiri hasilnya apabila mereka mampu berdikari dan mengubah nasib diri dan keluarga mereka.

“Saya bersyukur kerana dari bidang inilah saya berpeluang berbakti dengan golongan yang memerlukan dengan memberi mereka ilmu pengetahua­n menghasilk­an kuih-muih dan memanfaatk­annya.

“Mungkin setelah melihat peluang masa depan saya, seorang daripada anak saya memilih bidang kulinari sebagai kerjayanya,” katanya.

Pada hari perasmian premisnya Ahad lalu, Haslina ditemani rakanrakan seperjuang­annya yang turut berkongsi kisah mereka bersamanya.

Seorang bekas pengamal media yang kini menumpukan perhatian pada bidang ini, Dessy Maulwy, 46, berkata mengenali Haslina telah memberinya peluang untuk memperkemb­angkan lagi perkhidmat­annya sebagai tenaga pengajar profesiona­l.

“Saya mengenalin­ya pada 2014 ketika berkursus anjuran MID dan dia seorang yang rendah diri, baik, menghargai sahabat dan sentiasa memberi sokongan kepada orang lain.

“Saya tumpang bangga dengan kejayaan beliau membuka premis ini dan sudah tentu saya juga akan memberi sokongan padanya,” katanya.

 ??  ?? ANTARA yang hadir memeriahka­n majlis perasmian premis Lynn Baking Studio pada Ahad. HASLINA
ANTARA yang hadir memeriahka­n majlis perasmian premis Lynn Baking Studio pada Ahad. HASLINA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR menunjukka­n kuihmuih yang dihasilkan bersama Haslina dan Desy.
PELAJAR menunjukka­n kuihmuih yang dihasilkan bersama Haslina dan Desy.
 ??  ?? ANTARA pelajar yang mengikuti kursus di Lynn Baking Studio.
ANTARA pelajar yang mengikuti kursus di Lynn Baking Studio.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kuih-muih dan kek yang dihasilkan.
SEBAHAGIAN kuih-muih dan kek yang dihasilkan.
 ??  ?? HASLINA dan sahabatnya, Dessy.
HASLINA dan sahabatnya, Dessy.
 ??  ?? ANTARA sijil milik Haslina.
ANTARA sijil milik Haslina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia