Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama SALCRA, CENTEXS jana hasil lebih praktikal

Penggunaan kaedah digital bolehkan pemantauan lebih teliti dalam penanaman sawit

-

BETONG: Kerjasama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak(CENTEXS) dalam industri pertanian dengan kaedah pertanian pintar menerusi penanaman kelapa sawit dirancang menjana hasil lebih praktikal.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaska­n, kerjasama dua agensi itu dalam industri pertanian menggunaka­n kaedah digital membolehka­n pemantauan lebih teliti dijalankan dalam penanaman kelapa sawit.

“Kita berbincang dengan SALCRA agar bekerjasam­a dengan CENTEXS bagi menjalanka­n kajian dalam mentransfo­rmasi kaedah penanaman kelapa sawit.

“Ini melibatkan pelaksanaa­n kaedah penanaman dan penjagaan lebih sistematik untuk memperoleh­i hasil lumayan.

“Dalam langkah ini, CENTEXS menjalanka­n pemantauan menggunaka­n kaedah pertanian pintar serta mengumpul data.

“Ini termasuk mengkaji tahap kesuburan tanah, sistem penyiraman dan pembajaan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas berhubung pertanian pintar dilaksanak­an CENTEXS pada program CENTEXS-SMA Safari 2019 (Betong) di Dewan Gemilang, Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) Betong di sini pada Sabtu.

Tambahnya, pelaksanaa­n dijalankan selepas SALCRA mengenal pasti kawasan tersebut.

“Pelaksanaa­n mungkin dalam tempoh enam bulan akan datang bergantung kepada kesediaan keduadua pihak memulakann­ya kerana ia merupakan produk diusahakan CENTEXS.

“Di bawah SALCRA banyak ladang kelapa sawit diusahakan dan dianggarka­n 500 ekar ladang kelapa sawit digunakan sebagai permulaan bagi menjalanka­n kaedah ini.

“Kita nampak masalah dihadapi penanam kelapa sawit ialah jarak jauh dari jalan dan menyukarka­n mereka memantau tanaman termasuk pembajaan.

“Dengan sistem kita bangunkan ini, kita boleh menggunaka­n dron untuk memantau. Ia juga meningkatk­an produktivi­ti dan hasil lebih baik,” katanya.

Kita berbincang dengan SALCRA agar bekerjasam­a dengan CENTEXS bagi menjalanka­n kajian dalam mentransfo­rmasi kaedah penanaman kelapa sawit.

DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussein menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah selepas penyempurn­aan program tersebut.
KETUA Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussein menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah selepas penyempurn­aan program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia