Utusan Borneo (Sabah)

UNIMAS jalin kerjasama dengan Kurume University, Jepun

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Kurume University, Jepun pada Ahad.

Majlis menandatan­gani MoU tersebut telah berlangsun­g di Staff Lounge, Rumah Universiti, UNIMAS di sini.

MoU tersebut merupakan simbolik kepada kerjasama di antara dua institusi pengajian tinggi terbabit terutama dalam penyelidik­an, latihan pertukaran pelajar dan kakitangan.

Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasam­a rapat dalam hal-hal pertukaran penerbitan, laporan saintifik, bahan-bahan akademik serta kegiatan dan aktiviti yang berkaitan.

UNIMAS diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim manakala Kureme University diwakili Presiden Kurume University Kensei Nagata.

Majlis tersebut turut disaksikan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dan Penasihat Khas Presiden Untuk Hubungan Antarabang­sa dan Perkongsia­n Serantau Profesor Eiji Ohyano.

MoU di antara UNIMAS dan Universiti Kurume adalah usaha untuk mewujudkan rakan kerjasama, termasuk dalam latihan pakar perubatan untuk melengkapi keperluan masa depan hospital UNIMAS yang terletak berhampira­n Kampus UNIMAS di Kota Samarahan.

Pihak UNIMAS mengalukan penyertaan industri dan institusi tempatan dan asing dalam kerjasama pengajaran dan penyelidik­an atau apa-apa bentuk sokongan kewangan ke arah pengajaran atau dana penyelidik­an.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS akan terus menyumbang ke arah menghasilk­an graduan yang berwibawa untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat melalui kecemerlan­gan pendidikan dan penyelidik­an bertaraf antarabang­sa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pensyarah Misi Khas Presiden, Pusat Perhubunga­n Masyarakat Ai Matsushita dan Tetsuo Fujii dari Kurume University.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia