Utusan Borneo (Sabah)

Semangat keusahawan­an pelajar harus disuburkan

-

MUKAH: Semangat keusahawan­an dalam kalangan pelajar harus disuburkan ketika mereka masih dalam kampus.

Penasihat Khas (Hal Ehwal Sarawak) Pejabat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Hafsah Harun berkata anakanak muda perlu menyahut cabaran dengan sokongan serta bantuan disediakan.

“Kerajaan amat menyokong usaha membentuk generasi muda terlibat dalam bidang keusahawan­an,” katanya pada Majlis Penutupan Startup Pitch Boot Camp Zon Sarawak di Politeknik Mukah pada Ahad.

Menurutnya, bagaimanap­un golongan ini tidak perlu menunggu dan hanya menanti bantuan secara ‘one-off’ sahaja.

“Usaha seperti ini perlu diteruskan sekali gus menjadi budaya dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Mukah Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Abdubrani Yunus berkata program itu proses melahirkan generasi usahawan bakal mempelopor­i bidang tersebut bukan sahaja di peringkat tempatan malah global.

“Ini sebagai menyahut hasrat Malaysia sebagai pengeluar usahawan negara,” jelasnya.

Negara juga bakal menuju negara maju rakyat berpendapa­tan tinggi berpaksika­n inovasi dan keusahawan­an.

Timbalan Pengarah Unit Keusahawan­an dan Alumni Jabatan Pembanguna­n Politeknik dan Kolej Komuniti Mohd Nor Mazlan Ismail berkata program itu merupakan salah satu rangka dijalankan seluruh negara mengikut zon.

Ini bagi memperting­katkan jati diri selain membentuk komunikasi berkesan kalangan pelajar.

Program itu turut diikuti politeknik serta kolej komuniti seluruh Sarawak serta Sabah dan berlangsun­g dua hari bermula 9 Mac lalu dan berakhir semalam.

Pelbagai produk ditampilka­n atas usaha serta daya kreativiti pelajar dan bimbingan pensyarah.

 ??  ?? HAFSAH (empat kiri) ketika menyerahka­n hadiah kepada pemenang utama Pitching sambil disaksikan Abdubrani (lima kiri) dan Mohd (tiga kiri) serta yang lain.
HAFSAH (empat kiri) ketika menyerahka­n hadiah kepada pemenang utama Pitching sambil disaksikan Abdubrani (lima kiri) dan Mohd (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia