Utusan Borneo (Sabah)

Dr Rayong sandang jawatan nombor dua SDNU

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dipilih sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) yang baharu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-35 di sebuah hotel di sini.

Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit yang tidak mempertaha­nkan jawatan tersebut untuk penggal 2019-2021.

Dr Rayong yang merupakan Ketua Pemuda Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebelum itu menewaskan pencabarny­a Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw dengan undi majoriti 35 undi.

Terdahulu, Dr Rayong yang merupakan ahli SDNU sejak 1996 dilihat komited merebut jawatan tersebut apabila mula melobi sejak tahun lepas dan memulakan kempennya di Skrang awal tahun ini sebelum mengadakan jerayawara ke Sarikei serta Sibu pada Februari dan Kuching awal bulan ini.

Sementara Mundaw dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden Kanan namun menarik diri bagi membolehka­n beliau bertanding kerusia Timbalan Presiden.

Dr Rayong yang dihubungi selepas kemenangan tersebut menzahirka­n rasa terharu dan terima kasih kepada semua delegasi yang mengundi beliau pada pemilihan tersebut.

“Ia kemenangan moral terhebat sejak saya menjadi ahli SDNU bermula 1996 dan kemenangan ini bermakna tanggungja­wab saya semakin besar terutama mengangkat martabat dan maruah kaum Dayak agar suara lebih didengari bukan sahaja di peringkat negeri malah negara amnya.

“Sehubungan itu, saya mahu kepimpinan baharu ini dapat bergerak sebagai satu pasukan dan tiada puak-puak dalam kesatuan kerana kita mewakili ribuan ahli SDNU dari pelbagai peringkat cawangan dan umur,” ujarnya.

Tambahnya, menerusi SDNU diharap kuasa Dayak semakin mantap dan lantang terutama dalam memperjuan­gkan hak dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosiobuday­a terutama kualiti hidup masyarakat di luar bandar.

“Tidak tinggal juga saya menyeru kepada semua ahli baharu dan lama SDNU berganding bahu membentuk sebuah pasukan mantap serta sokongan penuh kepada Presiden Tan Sri (William Mawan Ikom) yang mengekalka­n jawatan tanpa bertanding sebentar tadi,” ujarnya.

Katanya misi dan visi yang telah digariskan SDNU akan dikembangk­an lagi selari dengan perkembang­an pesat dunia tanpa sempadan.

Terdahulu, majlis ulang tahun ke-63 SDNU telah diadakan di Hotel Imperial yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

 ??  ?? MAWAN bersama para delegasi memerhatik­an penuh minat sesi pengundian yang berlangsun­g pada Ahad.
MAWAN bersama para delegasi memerhatik­an penuh minat sesi pengundian yang berlangsun­g pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia