Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi digital strategi mewujudkan dimensi baharu pertumbuha­n pembanguna­n

-

SIBU: Kerajaan Sarawak komited membangunk­an ekonomi digital sebagai sebahagian strategi ekonomi mewujudkan dimensi baharu dalam pertumbuha­n pembanguna­n Sarawak.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab berkata sebagai kawasan dibangun sebagai pusat pertumbuha­n ekonomi, Tanjung Manis pasti tidak ketinggala­n memperting­katkan kemudahan infrastruk­tur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Ekonomi digital mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda di pusat bandar dan luar bandar, mengubah cara hidup serta kaedah perniagaan.

“Untuk bergerak seiring ekonomi digital, Sarawak perlu membangunk­an infrastruk­tur ICT bertaraf dunia.

“Oleh itu, perkhidmat­an jalur lebar dalam usaha dipertingk­at dan penduduk dapat menikmati perkhidmat­an Internet lebih baik sekali gus memperting­katkan kualiti perkhidmat­an jabatan dan agensi kerajaan,” katanya pada Perasmian Hari Tanjung Manis dan Sukan Rakyat 2019 pada Ahad.

Majlis anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Pejabat Daerah Tanjung Manis itu dirasmikan­Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk di Tanjung Manis bersedia dan mengambil kesempatan memperoleh pendapatan hasil pembanguna­n yang sedang rancak dijalankan.

Katanya, Kerajaan Sarawak sanggup menyediaka­n peruntukan untuk memperting­kat dan menaik taraf kemudahan sedia ada.

 ??  ?? YUSUF
YUSUF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia