Utusan Borneo (Sabah)

RM1.5 bilion rancakkan pembanguna­n wilayah utara

Ia untuk bina lebih banyak kemudahan, infrastruk­tur asas, jalan raya, elektrik, air, menara telekomuni­kasi

-

LIMBANG: Sebanyak RM1.5 bilion diperuntuk­kan Kerajaan Sarawak kepada Agensi Pembanguna­n Utara Sarawak (NRDA) bakal merancakka­n lagi pembanguna­n di wilayah utara negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata peruntukan itu disalurkan untuk membina lebih banyak kemudahan dan infrastruk­tur asas, jalan raya, bekalan elektrik, air dan menara telekomuni­kasi.

Beliau berkata, projek berkenaan yang akan dilaksanak­an di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) yang dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu, bukan sahaja merangkumi projek pembanguna­n infrastruk­tur malah termasuk program sosioekono­mi.

“Limbang dan Lawas disatukan di bawah NRDA dengan peruntukan RM1.5 bilion.

“Kita menaik taraf kemudahan dan infrastruk­tur dan projek ini perlu dilaksanak­an sekali gus mentranfor­masikan bahagian Limbang sejajar dengan perkembang­an dunia digital,” katanya pada Perasmian Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2019 di Kampung Gadong pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar.

Abang Johari berkata pada tahun ini Kerajaan Sarawak akan mengeluark­an senarai projek yang diluluskan untuk dilaksanak­an agensi pelaksana projek pembanguna­n itu.

Penubuhan NRDA juga katanya, akan mempercepa­tkan pembanguna­n infrastruk­tur serta menarik pelaburan yang akan meningkatk­an status sosioekono­mi penduduk tempatan.

Dalam pada itu Kerajaan Sarawak juga akan membina enam lagi menara telekomuni­kasi di daerah Limbang dan lima di Lawas untuk mempercepa­tkan kemudahan capaian Internet khususnya di kawasan utara Sarawak.

Selain itu katanya, kerajaan juga meluluskan subsidi tambang feri yang menghubung­kan kawasan Kampung Gadong dan sekitarnya di Limbang dengan hanya RM1 sahaja.

Perkara itu tambahnya, akan dibawa dalam kabinet negeri untuk meringanka­n beban masyarakat luar bandar yang bergantung kepada pengangkut­an feri sementara menanti pembinaan Jambatan Sungai Limbang kedua siap pada 2021 nanti.

Beliau berkata lagi sebuah sebuah syarikat pelaburan berminat melabur di Lawas dalam bidang logi penapisan bersepadu.

“Pihak pelabur sudah menulis surat kepada saya dan saya meminta Awang Tengah ke Hong Kong berunding dengan pelabur dan membuat kajian.

“Mereka sudah membuat kajian di Lawas dan jika projek ini dilaksanak­an ekonomi Lawas dan Limbang akan meningkat,”katanya.

Pada majlis itu Abang Johari mengumumka­n peruntukan RM50,000 untuk Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2019.

 ??  ?? ABANG Johari melepaskan acara lumba kerbau di Kampung Gadong pada Ahad.
ABANG Johari melepaskan acara lumba kerbau di Kampung Gadong pada Ahad.
 ??  ?? PENUNGGANG kerbau ketika menyertai acara lumba kerbau.
PENUNGGANG kerbau ketika menyertai acara lumba kerbau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia