Utusan Borneo (Sabah)

Kelemahan urus hasil sumber punca Sarawak miskin, kata Chong

-

KUCHING: Kedudukan Sarawak sebagai antara negeri miskin dalam Malaysia adalah disebabkan kelemahan Kerajaan Sarawak dalam menguruska­n hasil sumbernya.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, tidak dinafikan bahawa Sarawak penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.

Tetapi katanya, dengan kekayaan hasil sumber asli yang dimiliki Sarawak ia menjadikan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia meskipun sebahagian hasilnya disumbangk­an kepada negara.

“Sarawak adalah kaya kita ada minyak dan gas, kayu, arang batu, tanah dan banyak lagi sumber lain yang semuanya diuruskan oleh kerajaan negeri.

“Semua sumber ini menjadikan Sarawak negeri terkaya dalam Malaysia meskipun disumbang kepada negara.

“Tetapi kelemahan pengurusan sumber-sumber inilah yang menjadikan Sarawak miskin,” ujar Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan pengerusi DAP Sarawak.

Justeru Chong pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini semalam, menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyemak semula polisi-polisi yang bersifat prokroni dan bukannya membuat kenyataan-kenyataan manis sebagai alasan.

Lihat sahaja syarikatsy­arikat perlombong­an arang batu dan syarikatsy­arikat balak di negeri ini betapa kayanya mereka, kata Chong.

“Harus diingat, hasil yang disumbangk­an kepada negara adalah untuk kerajaan membayar gaji para guru, doktor, tentera, polis dan penjawat awam yang lain.

“Abang Johari menuduh Putrajaya mengaut kekayaan Sarawak, tuduhan yang sama perlu dibuat oleh Abang Johari terhadap syarikat-syarikat yang mengaut keuntungan besar daripada hasil bumi ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia