Utusan Borneo (Sabah)

Nur Aisyah cari bapa wali perkahwina­nnya

-

KABONG: Seorang gadis, Nur Aisyah Abdullah, 24, mencari bapa kandung bagi menjadi wali perkahwina­nnya yang dijadualka­n Mac ini.

Majlis akad nikah remaja berasal dari Kampung Masjid Lama Kabong itu dijadualka­n pada 29 Mac ini dengan pasanganny­a berasal dari Kampung Gerigat.

Manakala majlis persanding­an pula dirancang diadakan pada 30 Mac ini.

Bapa angkat Nur Aisyah, Buserahli Sabeki berkata bapa kandung anak angkatnya itu berasal dari Pahang.

“Saya mengambil Aisyah jadi anak angkat semasa saya bekerja di Johor suatu ketika dahulu semasa dia masih bayi.

“Apabila kami berpindah ke Sarawak, Aisyah kami bawa bersama dan menetap di Kabong sehingga kini bersama saya dan keluarga kami,” katanya di sini pada Ahad.

Bapa kandung Aisyah dicari bernama Bujang Muhammad berusia dalam lingkungan 50-an.

Alamat terakhir Bujang adalah di Johor Bahru dan bekerja sebagai buruh.

Bapa Aisyah tidak dapat dihubungi kerana nombor telefonnya sudah tidak aktif. Alamat tempat keberadaan­nya pada masa kini juga tidak diketahui.

Kehadiran ayah kandung Aisyah sangat diperlukan sebagai wali majlis akad nikah yang dilangsung­kan sehari sebelum majlis persanding­an anaknya.

Lantaran itu kepada sesiapa mengenali Bujang Muhammad mohon memaklumka­n berita ini bagi membolehka­n majlis akad nikah anaknya dijalankan pada tarikh yang dirancang.

Sebarang maklumat berkaitan bapa kandungnya boleh disalurkan kepada Aisyah atau menghubung­inya di talian 011- 36329098.

 ??  ?? NUR AISYAH
NUR AISYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia