Utusan Borneo (Sabah)

STU sokong langkah tubuh sekolah antarabang­sa sendiri

-

SIBU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyambut baik langkah Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan sekolah antarabang­sa sendiri, sambil berharap sekolah berkenaan akan dilengkapi fasilitato­r dan prasarana terbaik.

Presiden STU Macky Joseph menegaskan bahawa butir-butir mendalam untuk pendaftara­n mesti dilakukan secara telus, sekali gus memberi peluang kepada semua rakyat Sarawak yang layak untuk mendaftar.

“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) berkata bayaran di sekolah antarabang­sa Kerajaan Sarawak adalah berdasarka­n kemampuan dan menambah bahawa Kerajaan Sarawak juga akan memberi subsidi kepada mereka.

“Kerajaan Sarawak membuat langkah berani dengan mewujudkan sekolah-sekolah antarabang­sanya sendiri,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Macky mengulas kenyataan Abang Johari di Kuching pada hari Jumaat bahawa Sarawak bersedia memiliki sekolah antarabang­sa sendiri, yang akan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak.

Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti lima tapak iaitu dua di Kuching dan satu di Sibu, Miri dan Bintulu - bagi sekolah antarabang­sa yang dicadangka­n, kata Ketua Menteri.

Macky berkata STU yakin dengan cadangan berkenaan selaras dengan industri 4.0 dan sangat tepat pada masanya untuk Sarawak memiliki Sekolah Antarabang­sa sendiri.

“Diharapkan ia akan mengurangk­an kos secara drastik bagi mereka yang berminat untuk melanjutka­n pengajian di Sarawak.

“Bagaimanap­un, STU mempunyai harapan yang tinggi agar sekolah antarabang­sa Kerajaan Sarawak dilengkapi dengan fasilitato­r dan prasarana terbaik.

“Butiran terperinci bagi pendaftara­n mesti dibuat secara telus supaya memberi peluang kepada semua rakyat Sarawak layak mendaftar.

“Sasaran utama inisiatif ini adalah untuk pembanguna­n Sarawak.” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia