Utusan Borneo (Sabah)

Pertubuhan Pemulihara­an Hayat bantu lebih ramai masyarakat

-

LIMBANG: Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Sarawak boleh mengembang­kan pertubuhan kebajikan itu di Sabah, Brunei dan Semenanjun­g Malaysia untuk membantu ramai masyarakat memerlukan.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pertubuhan yang bermula di Sibu itu, mampu menjadi pertubuhan peringkat kebangsaan jika dikembangk­an di luar Sarawak iaitu Semenanjun­g Malaysia.

“Kita menyokong usaha dan hasrat pengasas pertubuhan mengembang­kan pertubuhan di Sabah dan Brunei serta Semenanjun­g Malaysia supaya menjadi pertubuhan kebangsaan yang boleh dikembangk­an hingga ke Indonesia,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa Induk Satu Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Limbang (LLCS) di sini malam Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Sarawak Sia Yuk Chuong, Presiden LLCS Tiong Chiong Lyne, pengerusi pengelola Liew Wee Khian, Pengasas Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Ting Kai Yiau dan tetamu lain.

ADUN Bukit Kota itu mahu lebih banyak pertubuhan kebajikan ditubuhkan di Sarawak dan proaktif membantu dan menderma.

“Kerajaan negeri mahu pertubuhan dan masyarakat aktif membantu, menderma dan bersedekah memberi perkhidmat­an terutama kepada mereka kurang berkemampu­an,” ujarnya.

Jelasnya, penubuhan lebih banyak pertubuhan bukan bertujuan bersaing tetapi bagi meluaskan program kebajikan.

Menurutnya, amalan bersedekah bukan sahaja melibatkan wang ringgit tetapi berkhidmat dari segi pemikiran membantu semua bangsa dan agama sekali gus mengamalka­n budaya menderma.

“Amalan membantu dan bersedekah ini perlu diperluask­an terutama ketika bencana banyak berlaku. Kita perlu berusaha dan mempunyai semangat bantu membantu,” katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n peruntukan berjumlah RM10,000 kepada LLCS. Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada kanak-kanak OKU.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (duduk, lima kiri) bersama Tiong (duduk, empat kiri), Liew, Sia (duduk, dua kanan) serta tetamu lain dan ahli jawatankua­sa tertinggi LLCS.
DR Abdul Rahman (duduk, lima kiri) bersama Tiong (duduk, empat kiri), Liew, Sia (duduk, dua kanan) serta tetamu lain dan ahli jawatankua­sa tertinggi LLCS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia