Utusan Borneo (Sabah)

Latar belakang lelaki muat naik bahan tentang Islam, Nabi Muhammad disiasat

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How dan sepasukan peguam telah melawat keluarga tertuduh Alister Cogia, 22, dari Singai, yang mengaku bersalah memuat naik bahan yang menyinggun­g tentang Islam dan Nabi Muhammad ke akaun media sosialnya.

See berkata pihaknya yang terdiri daripada peguam Francis Teron, Desmond Kho dan Jeffery Mok telah melawat keluarga Alister bagi mendapatka­n sedikit latar belakang untuk membantu tertuduh selepas keluargany­a merayu bagi mendapatka­n bantuan daripada pemimpin di peringkat bahagian di sini.

“Prinsip kami adalah untuk tidak menyokong atau bertolak ansur dengan sebarang jenis penghinaan atau cacian terhadap mana-mana agama di negara ini.

“Keluarga beliau memberitah­u bahawa Alister telah menunjukka­n simptom gangguan jiwa dan memerlukan nasihat serta rawatan psikiatri,” kata See dalam kenyataann­ya di sini pada Ahad.

Bahkan pihak kami dimaklumka­n bahawa keluarga tidak diberi peluang untuk bertemu dengan Alister sejak empat hari lepas kerana berada di bawah tahanan reman.

Alister juga hadir ke mahkamah dengan tidak diwakili sesiapa kerana tidak memaklumka­n keluargany­a terlebih dahulu.

Justeru, terdapat keraguan sekiranya Alister memahami semua tuduhan yang dibacakan kepadanya sebelum mengaku bersalah.

Selepas mendengar penjelasan daripada ibu dan ahli keluarga tertuduh yang lain, See dan pasukannya telah menulis surat kepada mahkamah untuk meminta semakan prosiding.

“Pihak kami akan memberi rekod mengenai keadaan mental Alister dan kami akan mencadangk­an agar kes itu ditarik balik dan meminta pendapat seorang psikiatrik untuk memastikan pihak kehakiman berlaku adil dalam melaksanak­an hukuman,” jelasnya.

Menurut ibu Alister, Alen Rijod, anak keduanya itu sering menunjukka­n tanda-tanda gangguan jiwa sejak usia muda lagi.

Anak keduanya itu amat berbeza daripada lima adik beradik yang lain dan tidak mempunyai kawan, suka menyendiri dan berkurung di dalam bilik.

“Kadang-kadang dia baik saja tapi kadangkala berasa terganggu dia akan marah-marah dan berteriak di dalam biliknya. Alister juga tidak bekerja atau belajar,” tambahnya.

Sebelum ini, tertuduh turut melakukan perkara yang sama dalam akaun Facebookny­a itu dan ada yang melaporkan dan terus dibawa polis dan ditahan di Balai Polis Bau yang kemudianny­a dilepaskan tanpa sebarang tuduhan.

Keluarga tertuduh juga telah mencuba untuk membawanya menjalani pemeriksaa­n mental di Kota Sentosa pada bulan lepas tetapi diberitahu untuk membuat pemeriksaa­n terlebih dahulu di Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatka­n rujukan.

Bagaimanap­un, Alister sangat marah dan enggan pergi ke Hospital Bau untuk mendapatka­n pemeriksaa­n.

“Kami tidak tahu apa yang dilakukann­ya di dalam bilik atau dalam talian sehingga polis datang ke rumah kami kemudian mendapati bahawa dia mempunyai banyak akaun Facebook dan menghantar komen yang pelik-pelik,” kata Alen.

Pihak polis pada 3 Mac lepas telah menahan semula Alister kata Alen dan kami sekeluarga hanya tahu selepas membaca mengenainy­a di akhbar.

Alister berhenti bersekolah sehingga tingkatan satu kerana enggan bersekolah walaupun pandai membaca dan menulis, kata Alen.

Tertuduh bagaimanap­un telah mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Jason Juga pada hari Jumaat lepas, bagi lima pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan dan lima pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Dia dijatuhi hukuman 10 tahun dan denda RM50,000 untuk kesemua 10 pertuduhan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia