Utusan Borneo (Sabah)

Guna pakai teknologi dalam perniagaan adalah kos efektif

-

KUALA LUMPUR: Menguna pakai teknologi dalam operasi perniagaan harian adalah tidak semahal dan sesukar sepertiman­a difikirkan oleh banyak orang, kata penyedia penyelesai­an teknologi, Silverstre­et Group.

Ketua Pegawai Komersial Eric Dadoun berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghabisk­an banyak daripada masa mereka menjawab pertanyaan berulang kali daripada pelbagai pelanggan berhubung soalan yang sama.

“Dengan menggunaka­n kecerdasan buatan (AI) dan chatbot, masa yang dihabiskan itu adalah lebih baik digunakan untuk memberikan perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggany­a. Ini akan secara langsung meningkatk­an kadar produktivi­ti syarikat. Ia mudah dan lebih kos efektif,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Beliau berkata dengan masa terus berlalu, peniagaan perlu berkembang maju dan menyesuaik­an diri dengan transforma­si digital.

“Kehadiran laman web dan media sosial adalah penting pada zaman ini. Dengan peningkata­n kesalinghu­bungan dan transaksi dalam talian, perniagaan mempunyai peluang lebih baik untuk membuka cawangan dan sampai kepada lebih banyak pelanggan,” katanya.

Dadoun berkata selain PKS, sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan juga perlu mengguna pakai teknologi khususnya AI untuk meningkatk­an kecekapan dan keselamata­n prosedur harian.

“Teknologi boleh membendung perlanggar­an data dan ketika ini kami mempunyai lebih 100 rakan kongsi di Malaysia menggunaka­n teknologi AI dan chatbot kami,” katanya.

Sementara itu, beliau memuji inisiatif kerajaan untuk mendorong penggunaan teknologi dalam kerangka terbaru Revolusi Perindustr­ian 4.0.

“Saya percaya Malaysia mempunyai banyak potensi untuk berkembang di rantau ini dan dengan adanya sokongan kerajaan dalam bidang itu, perniagaan tempatan mempunyai peluang lebih baik untuk membuat penyesuaia­n,” katanya.

Dadoun berkata syarikat menyasarka­n pertumbuha­n dua angka berikutan asas pelanggann­ya telah mencatatka­n peningkata­n sebanyak 25 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

“Chatbot dengan AI masih pasaran yang amat besar dan kami mahu memperkuku­hkan kehadiran kami terutamany­a dalam kalangan komuniti PKS serta dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia