Utusan Borneo (Sabah)

KIP Group buka tiga lagi pusat beli-belah dalam tiga tahun

-

SUNGAI BULOH: KIP Group of Companies merancang untuk membuka tiga pusat beli-belah yang baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang melibatkan kos pembanguna­n kasar sebanyak RM150 juta untuk memenuhi permintaan pasaran pertengaha­n yang besar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Valerie Ong.

Beliau berkata tiga pusat beli-belah baharu itu akan terletak di Raub, Kuantan dan Sungai Petani.

“Ini bermakna kami akan mempunyai 12 pusat belibelah dalam portfolio kami, termasuk enam hartanah yang dimasukkan dalam senarai entiti kami, KIP REIT,” katanya kepada pemberita pada pelancaran pusat belibelah kesembilan­nya — KIP Mall Desa Coalfield — di Desa Coalfield Sungai Buloh di sini.

Portfolio KIP Reit kini terdiri daripada satu pusat belibelah KIP di Bangi dan lima KIP Marts di Tampoi, Kota Tinggi, Masai, Senawang dan Melaka.

Ia turut membeli Aeon Mall Kinta City, Ipoh dengan nilai RM208 juta.

Ong berkata industri runcit Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus kepada RM109 bilion pada tahun ini.

Beliau berkata walaupun pengguna kini memilih untuk membeli barangan secara dalam talian, syarikat tidak akan menerima impaknya berikutan pusat belibelah tersebut ditempatka­n di pasaran yang sedang berkembang dan akan berkembang apabila pengguna masih memilih untuk membeli barangan secara fizikal.

“Di bandar-bandar kecil, kebanyakan pendudukny­a masih memilih untuk keluar bagi membeli barangan dan pada hujung minggu, mereka akan keluar makan dengan keluarga.

“Bukan semua boleh dibeli atau dinikmati melalui dalam talian.

“Oleh itu, mempunyai campuran penyewa yang sesuai penting bagi kami supaya kami dapat memberi penyelesai­an sehenti kepada pembeli kami,” katanya, sambil menambah penyewa dengan kualiti yang sesuai akan dipilih berdasarka­n lokasi strategik pusat beli-belah itu dan trend pasaran yang berubah.

Beliau berkata KIP Mall Desa Coalfield, yang akan dibuka pada suku keempat tahun ini, meraih 80 peratus kadar penghunian dengan penyewa termasuk Econsave, Mr DIY, Watson, Metro Optical dan KFC.

Ong berkata syarikat akan melaksanak­an strategi pajakan yang proaktif untuk terus mengkaji semula dan meningkatk­an campuran penyewanya untuk disesuaika­n dengan trend pasaran yang berubah dan evolusi keperluan pelanggan.

Kerjasama dan ikatan yang kukuh dengan penyewa merupakan situasi menangmena­ng kepada kedua-dua pihak, dan kumpulan itu berharap untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama dalam masa terdekat, katanya.

Ditubuhkan pada 1993, KIP Group of Companies merupakan pemaju produk dengan nilai tambah dalam pembanguna­n hartanah dan pengurusan runcit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia