Utusan Borneo (Sabah)

BERNAMA dan JW United Group bantu PKS melalui e-USAHA-ONE

-

Perkenal segmen TV dan pakej e-USAHA-ONE yang disiarkan di BNC

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) semalam menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) bersama kumpulan syarikat bidang peruncitan, JW United Group, bagi memperkena­l segmen TV dan pakej e-USAHA-ONE yang akan disiarkan di Bernama News Channel (BNC).

Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Nurini Kassim berkata segmen itu merupakan platform yang bukan hanya mempromosi produk usahawan melalui saluran TV dan media sosial, malah turut membantu dari segi jualan dengan ruang pasaran yang disediakan seperti Shoppee, Lazada dan 11street.

“BERNAMA amat berbesar hati dapat menyokong program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam memperkuku­h agenda ekonomi negara.

“Harapan saya, pelaksanaa­n program ini dapat memberi impak positif kepada pembanguna­n ekonomi usahawan, selain membantu jualan usahawan ke peringkat global,” katanya ketika berucap pada Majlis Previu e-USAHAONE dan Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara BERNAMA dan JW United Group di Wisma BERNAMA, di sini.

Turut hadir Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Pengarah Urusan JW United Group Juzairiah Wazir.

Segmen e-USAHA-ONE, akan disiarkan selama 12 minit dalam program bual bicara popular Nine11 di BNC yang bersiaran secara langsung setiap Isnin hingga Jumaat, selain di sembilan saluran media seperti MyTv, Njoi, Bernama WebTV, Bernama Youtube, Unifi, dan Iflix.

Usahawan akan diberi peluang untuk tampil mempromosi produk dan perkhidmat­an mereka dalam segmen berkenaan.

Nurini berkata, pakej eUSAHA-ONE tersebut ditawarkan pada harga RM4,500, namun 50 usahawan terawal yang membuat pendaftara­n semalam hanya perlu membayar RM4,000 sahaja.

“Ini akan diberi kepada 50 pendaftara­n awal dengan deposit RM500,” katanya.

Sementara itu, Juzairiah turut menyuaraka­n harapannya agar program itu dibentang kepada kementeria­n dan badan berkanun yang memiliki unit pembanguna­n usahawan agar boleh dijadikan sebagai satu agenda nasional negara.

Juzairiah berharap BERNAMA akan mengetenga­hkannya di peringkat atasan dengan kemungkina­n pakej ini kelak diserap menjadi satu elemen dalam bentuk bajet kerajaan dan juga geran. — Bernama

 ??  ?? NURINI bertukar dokumen MoA antara BERNAMA dan JW United Group yang diwakili Juzairiah (kiri) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian e-USAHA-ONE di Wisma BERNAMA di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Azman (tengah) dan Zakaria. — Gambar Bernama
NURINI bertukar dokumen MoA antara BERNAMA dan JW United Group yang diwakili Juzairiah (kiri) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian e-USAHA-ONE di Wisma BERNAMA di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Azman (tengah) dan Zakaria. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia