Utusan Borneo (Sabah)

Lapan daripada 10 pekerja di Malaysia harapkan bonus tahunan

-

KUALA LUMPUR: Lapan daripada 10 pekerja yang berpangkal­an di Malaysia atau 83 peratus, mengharapk­an bonus setiap tahun, dengan purata antara satu dan dua bulan gaji, kata Pengarah Negara Randstad Malaysia, Ryan Carroll.

Beliau berkata pekerja mengharapk­an mereka dihargai atas sumbangan dan kesetiaan kepada organisasi, terutama jika kekal bersama majikan mereka walaupun berlaku perubahan politik utama dan transforma­si perniagaan.

“Walaupun 98 peratus daripada responden dalam tinjauan ini bersetuju bahawa menerima bonus sangat penting, 59 peratus berkata ia bukanlah satu-satunya faktor yang akan membuat mereka mula mempertimb­ang kemungkina­n menukar pekerjaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Caroll berkata terdapat gabungan faktor-faktor yang mendorong pekerja setia untuk meninggalk­an syarikat itu.

“Penyelidik­an jenama majikan 2018 kami mendapati alasan utama yang diberikan untuk mengundur diri adalah kerana laluan kerjaya yang terhad.

“Syarikat yang mendapat manfaat daripada tenaga kerja yang tekun adalah mereka yang terus menyediaka­n peluang untuk kakitangan masing-masing untuk membangun dan berkembang dalam organisasi,” katanya.

Beliau berkata walaupun pembayaran bonus mungkin merupakan jangkaan yang saksama dalam keadaan ini, pekerja juga harus memikirkan peningkata­n diri mereka untuk membuktika­n nilai masing-masing.

“Ini akan membantu mereka kekal relevan dan boleh bekerja, selain membolehka­n mereka memajukan kerjaya dengan lebih cepat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia