Utusan Borneo (Sabah)

Rovia sasar bawa masuk lebih 20,000 pelancong ke Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Agensi pelanconga­n berpejabat di Amerika Syarikat (AS), Rovia dan kelab percutian DreamTrips menyasarka­n untuk menyumbang AS$20 juta (RM98 juta) dalam bentuk perbelanja­an pelancong dan pengembara dibawa oleh syarikat itu ke Malaysia pada tahun ini.

Presiden Rovia, Jim Menge berkata ini sejajar dengan sasaran syarikat untuk membawa masuk lebih 20,000 pelancong ke Malaysia, sekali gus dapat membantu industri pelanconga­n tempatan.

“Selaku operator perniagaan pengembara­an, inilah antara faedah utama yang kami bawa kepada negara-negara berbeza menerusi kehadiran pelancong terbabit,” katanya kepada Bernama selepas melancarka­n acara kutipan dana DreamNight Carnival Party di sini, baru-baru ini.

Acara itu dianjurkan oleh Rovia dan WorldVentu­res Foundation yang merupakan pemilik jenama DreamTrips.

Mengulas selanjutny­a, Menge berkata walaupun ekonomi global ternyata lebih perlahan, namun industri pengembara­an tidak banyak bergantung atau dipengaruh­i oleh faktor tersebut.

“Malah, orang ramai masih terus melancong walaupun keadaan atau prospek ekonomi dunia itu tidak sebegitu baik,” katanya.

Menerusi keahlian kelab kembara DreamTrips yang merupakan produk utama Rovia, beratus-ratus pengembara menghadiri acara itu di Berjaya Times Square Theme Park baru-baru ini yang juga bertujuan membantu Projek Sekolah Sumba Yayasan WorldVentu­res.

Menge berkata, projek itu antara lainnya bertujuan menawarkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak dari Sumba, Barat Daya di Indonesia serta keperluan lain untuk kejayaan mereka seperti akses mendapatka­n air bersih dan keperluan sanitasi yang sewajarnya.

“Kurang separuh daripada seramai 95,000 kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun di Indonesia yang ke sekolah dan angka itu hanya sekitar 28 peratus di Sumba di bahagian barat negara itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif WorldVentu­res, Josh Paine berkata kanak-kanak di Indonesia perlu mempunyai sijil kemahiran membaca dan menulis yang menjadi syarat memasuki sekolah rendah.

“Oleh itu, langkah mewujudkan kemudahan prasekolah itu dapat memberi asas serta peluang awal untuk mereka mencapai kemajuan diri. Malah, sekolah itu juga dapat menyediaka­n kemudahan asas seperti air bersih dan tandas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia