Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH ikhlas pulih status Sabah dan Sarawak

Ahli Parlimen GPS dan Ahli Parlimen BN Sabah digesa sokong pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n

-

KUCHING: Keputusan kabinet untuk membuat pindaan ke atas Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n menunjukka­n keikhlasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sama rata dengan Semenanjun­g dalam Malaysia.

Sehubungan itu, Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen menggesa semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong pindaan itu.

“Di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, sokongan dua pertiga daripada anggota Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) diperlukan untuk membolehka­n pindaan ini dibuat.

“Kami dalam PH mempunyai seramai 135 Ahli Parlimen dan memerlukan 13 lagi sokongan untuk pindaan ini diluluskan,” katanya.

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini pada Ahad.

Tambah Chong, dalam tempoh setahun menjadi kerajaan persekutua­n, PH telah bersetuju mengembali­kan kepada Sarawak apa yang kerajaan BN telah ambil dari Sarawak sejak 1976.

“Meskipun bertahunta­hun bantahan dibuat ke atas kehakisan status Sarawak, kerajaan BN tidak berbuat apa-apa.

“Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hanya berjanji tetapi tiada apa yang disampaika­n mengenai status Sarawak sebagai rakan sama rata.

“Hanya apabila PH mengambil alih kerajaan persekutua­n, Jawatankua­sa Khas Pemandu Kabinet telah ditubuhkan pada Oktober tahun lepas untuk melihat perkara ini dan dalam beberapa bulan, jawatankua­sa kabinet telah membuat beberapa keputusan,” katanya.

C hon g yang juga Ahli Parlimen Stampin menambah, apa sahaja tuduhan yang mahu dibuat oleh GPS terhadap kerajaan PH, ada beberapa perkara yang perlu diingat.

Pertama katanya, ia adalah BN yang membentang­kan dan meluluskan Pindaan Perlembaga­an 1976 mengurangk­an status Sarawak kepada salah satu daripada 13 negeri dalam Malaysia.

Kedua katanya, pindaan perlembaga­an tersebut pada 1976 telah disokong oleh PBB dan SUPP.

Meskipun PBB dan SUPP telah keluar daripada BN dan membentuk GPS, sejarah akan tetap direkodkan bahawa mereka telah menyokong pindaan perlembaga­an pada 1976.

“Ia adalah kini kerajaan PH yang memulihkan kedudukan Sarawak dengan status rakan sama rata.

“Jika ada pemimpin GPS yang mengatakan bahawa memulihkan status sahaja adalah tidak cukup, mereka perlu ingat ini adalah kesilapan yang dibuat oleh mereka sendiri dan kini diperbetul­kan oleh PH,” ujar Chong.

“Di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, sokongan dua pertiga daripada anggota Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) diperlukan untuk membolehka­n pindaan ini dibuat.

CHONG CHIENG JEN Pengerusi PH Sarawak

 ??  ?? CHONG (kanan) bercakap pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuching pada Ahad. Turut kelihatan ADUN Pending Violet Yong. -Gambar Muhd Rais Sanusi
CHONG (kanan) bercakap pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuching pada Ahad. Turut kelihatan ADUN Pending Violet Yong. -Gambar Muhd Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia