Utusan Borneo (Sabah)

Seungri Big Bang didakwa terlibat ‘rasuah seks’

-

SEORANG anggota kumpulan K-pop Big Bang, yang dikenali dengan nama pentas Seungri, didakwa kerana menyediaka­n pelacur untuk pelabur asing di kelab peribadi miliknya, lapor media tempatan, menyebabka­n saham agensi penyanyi itu, YG Entertainm­ent Inc, menjunam sehingga 14 peratus.

Menurut YG Entertainm­ent, satu daripada tiga agensi pencarian bakat terbesar K-pop, mereka maklum bahawa penyanyi itu sudah didakwa bagaimanap­un mereka enggan membe-rikan sebarang komen berhubung dakwaan itu.

Saham YG Entertainm­ent dikatakan menurun sebanyak 14.2 peratus kepada tahap terendah mereka sejak November 2018.

Ketika berita ini ditulis, pihak polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n maklum balas terkini.

Penyanyi berusia 28 tahun itu, yang mempunyai nama sebenar Lee Seung-hyun, juga gagal dihubungi untuk mendapatka­n sebarang komen.

Seungri menafikan tuduhan itu pada bulan lalu, apabila media tempatan melaporkan pembabitan penyanyi itu dengan ‘rasuah seks’.

Saham YG Entertainm­ent menjunam sehingga 21.9 peratus sebaik saja laporan media itu dikeluarka­n.

Berikutan laporan media pada Februari itu, YG Entertainm­ent dalam satu kenyataan media menafikann­ya dengan mengatakan ia adalah laporan palsu.

Agensi itu pada Isnin masih tetap dengan pendirian mereka. Skandal itu berlaku menjelang penyertaan Seungri dalam perkhidmat­an ketenteraa­n yang wajib disertai oleh setiap lelaki yang berkemampu­an di Korea Selatan.

Menurut agensi itu, Seungri dijangka menyertai tentera pada bulan ini untuk memenuhi tugas ketenteraa­nnya. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia