Utusan Borneo (Sabah)

Malianah dilantik pemangku ketua Wanita PBS

-

PENAMPANG: Pegerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) sebulat suara mengundi timbalan ketua pergerakan itu, Datin Malianah Ugau, untuk mengetuai mereka, selepas ketua pergerakan parti itu meninggalk­an parti lima hari lepas.

Pelantikan­Malianahse­bagai pemangku ketua Wanita diumumkan oleh Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semasa mesyuarat khas dengan pergerakan di ibu pejabat parti itu di Donggongon, di sini pada Selasa.

Dalam ucapannya, Maximus menyatakan kekecewaan di atas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek Datuk Anita Baranting meninggalk­an parti itu untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), tetapi menegaskan bahawa perjuangan mesti diteruskan untuk PBS.

“Ya, tindakanny­a meninggalk­an parti secara tiba-tiba adalah kekecewaan yang nyata bagi kita semua dan kepada saya secara peribadi, kerana kita telah melatih dia selama beberapa dekad, dan fakta bahawa dia melompat parti hanya sehari selepas kita merayakan ulang tahun ke-34 parti, tetapi tindakan itu tidak menjejaska­n kita dan parti.

“Kepada semua pejuang wanita PBS, jangan putus asa dan sedih, kita mesti terus berjuang, perjuangan kita mesti diteruskan,” katanya.

Maximus menegaskan kehilangan pemimpin adalah sebahagian daripada cabaran asas dalam mana-mana parti politik, tetapi beliau menyeru semua ahli yang masih berada dengan parti untuk terus menguatkan pergerakan itu.

“Perjuangan kita sudah lama dan kita masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Kita mungkin telah kehilangan satu pemimpin, tetapi seperti pepatah Melayu, patah tumbuh, hilang berganti, yang bermaksud apa yang hilang, selalu ada pengganti.

“PBS masih utuh dan sayap Wanita PBS masih kukuh. Kita mesti bersatu untuk rakyat dan terus berjuang dengan prinsip. Kita mesti sabar, bersikap hormat dan setia,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tahu perjuangan sebenar PBS. “Mereka memerlukan kita untuk meneruskan perjuangan keadilan dan hak Sabah.”

Dalam perkembang­an berkaitan, Maximus berkata parti itu secara giat menganjurk­an kempen keahlianny­a dan merancang menganjurk­an pameran bergerak serta seminar untuk memahami Perjanjian Malaysia 1963, selain peluang pertanian dan ekonomi untuk akar umbi di seluruh negeri.

Malianah, dalam ucapannya, berjanji untuk meneruskan perjuangan dan menegakkan objektif serta matlamat parti.

“Saya bangga dan berterima kasih atas peluang ini dan bersumpah untuk bekerja keras, dan terus mengukuhka­n sayap wanita PBS. Kami akan bersatu, bersabar dan setia.

“Kami memberi jaminan kepada presiden parti dan kepimpinan tertinggi bahawa kami akan setia bersama parti... apa mau lari bosku,” katanya.

 ??  ?? MAXIMUS menyerahka­n surat pelantikan kepada Malianah sebagai pemangku ketua Wanita PBS.
MAXIMUS menyerahka­n surat pelantikan kepada Malianah sebagai pemangku ketua Wanita PBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia