Utusan Borneo (Sabah)

Seorang rakyat M’sia cedera insiden tembakan di masjid Christchur­ch

Dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchur­ch

-

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchur­ch, New Zealand pada Jumaat.

Menurut akaun Twitter rasmi Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital.

“Seperti yang dilaporkan, terdapat insiden tembakan di sebuah masjid di Christchur­ch pada pukul 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia) pada Jumaat.

“Suruhanjay­a Tinggi kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatka­n butiran lanjut mengenai mangsa.

“Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di sebuah hospital,” menurut tweet itu.

Satu lagi tweet oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menyebut mangsa kini dalam keadaan stabil dan isterinya telah dihubungi.

Butiran mangsa belum dikeluarka­n.

Sementara itu, Suruhanjay­a Tinggi juga meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubung­i mereka di talian +6421044018­8 atau mwwellingt­on@kln. gov.my.

Menurut laporan, polis di New Zealand telah mengesahka­n beberapa kematian dalam insiden tembakan di dua buah masjid di bandar Christchur­ch.

“Seorang telah ditahan, bagaimanap­un polis percaya bahawa mungkin terdapat pesalah lain .... Ini adalah satu insiden yang sedang berlaku dan kami berusaha untuk mengesahka­n fakta ini…,” kata Polis New Zealand melalui akaun Twitter.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia