Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi SPM SMK Tansau meningkat 36 catat keputusan cemerlang

36 pelajar catat keputusan cemerlang, tempat kedua terbaik daerah Penampang

- Oleh SALMAN ABADI

PENAMPANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini mencatat keputusan dan prestasi pencapaian peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang meningkat dan jauh lebih baik berbanding tahun lalu (2017).

Mengumumka­n keputusan itu, Penolong Kanan 1 (Kurikulum) SMK Tansau, Nursyuhada Abdullah berkata, seramai 280 orang calon menduduki SPM tahun lalu dan seramai 36 orang mencatat pencapaian­cemerlangs­ekurangkur­angnya 5A ke atas.

Katanya, seramai enam orang calon SPM 2018 memperoleh­i 8A dan seorangnya daripadany­a iaitu Caludine Eve Landicho muncul pelajar terbaik dengan memperoleh­i straight A dalam kesemua lapan mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2018 SMK Tansau di Dataran Datin Patimah sekolah itu, pada Khamis.

Majlis penyerahan slip itu disempurna­kan oleh Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tansau, Zaidi Abdullah yang juga Pengurus Kumpulan Sumber Manusia, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Menurut Nursyuhada, Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaa­n SPM 2018 ialah 4.84 berbanding 5.04 tahun lalu, meningkat 0.2 mata.

“Peratus lulus pada 2018 ialah 91.79 % berbanding 89.34 % pada 2017, dengan peningkata­n sebanyak 2.45 %,” ujarnya.

Katanya, dengan pencapaian yang meningkat itu, SMK Tansau melonjak ke tempat kedua SPM terbaik dalam daerah Penampang.

“Bagi pencapaian Near Miss Cemerlang iaitu seseorang pelajar sekurang-kurangnya mendapat satu B dalam mata pelajaran yang diambil, ia melibatkan 12 orang calon berbanding tujuh orang calon pada SPM 2017,” katanya.

Beliau menjelaska­n, bagi analisis kecemerlan­gan mata pelajaran, sejumlah 25 mata pelajaran yelah diambil oleh calon SPM 2018 dan 15 daripada mata pelajaran yang ditawarkan itu mencapai kelulusan 100 peratus.

Selain itu katanya, terdapat 21 mata pelajaran menunjukka­n peratus peningkata­n berbanding hanya 15 pada SPM 2017, manakala dari aspek Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) menunjukka­n 15 mata pelajaran mencatat peningkata­n berbanding satu mata pelajaran pada 2017.

“Keseluruha­n prestasi pencapaian peperiksaa­n SPM 2018 SMK Tansau amat memberangs­angkan,” katanya sambil berharap prestasi tersebut akan terus dipertingk­atkan melalui komitmen semua guru dan warga sekolah serta para ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Berucap pada majlis itu, Zaidi Abdullah (YDP PIBG) berkata, kejayaan dan kecemerlan­gan sesebuah bukan semata-mata terletak di bahu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah.

Katanya, jaringan hubungan yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan antara faktor penentu kejayaan dan kecemerlan­gan sesebuah sekolah.

“Oleh itu, PIBG akan terus memberikan bantuan dan sokongan yang berterusan agar segala perancanga­n berkaitan akademik dan bukan akademi di sekolah ini dapat dijalankan dengan lancar,” katanya.

Menurutnya, seperti tahuntahun sebelumnya, pihak PIBG telah memberikan pelbagai bentuk sumbangan untuk membantu menjayakan apa jua program sekolah dan PIBG, termasukla­h sumbangan peralatan dan aset, sumbangan kebajikan, pembaikan serta penyelengg­araan sekolah dan sebagainya.

“Pada tahun ini, sudah pasti PIBG akan terus memberikan sumbangan dan sokongan yang sama, bagi menyokong pelaksanaa­n segala aktiviti sekolah demi kejayaan dan kecemerlan­gan pelajar SMK Tansau,” katanya.

Bagi pihak semu ibu bapa, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada seluruh warga guru SMK Tansau yang telah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar untuk memastikan calon SPM 2018 (dan SPM seterusnya) mencapai keputusan yang terbaik.

Beliau turut menasihatk­an paralepasa­nSPM2018ag­ardapat mengenang dan menghormat­i jasa dan pengorbana­n guruguru serta ibu bapa yang telah banyak berusaha demi kejayaan tersebut dan seterusnya boleh menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing demi membina insan yang berjaya kepada agama, bangsa dan negara.

Terdahulu, Pengetua Cemerlang SMK Tansau, Hajah Siti Salmiah Haji Samaie dalam ucapannya berkata selain penyerahan slip keputusan SPM 2018, tujuan utama majlis itu adalah untuk memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada para pelajar cemerlang serta memotivasi­kan para pelajar yang lain.

Katanya, ia sejajar dengan ‘Enam Aspirasi’ utama dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diperlukan oleh setiap murid iaitu menyuntik semangat daya saing para pelajar untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik dan kokruikulu­m, di samping mengeratka­n silaturahi­m antara pihak sekolah ibu para bapa/penjaga.

Menurutnya, peranan ibu bapa dan guru-guru merupakan nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan kepada para pelajar.

Beliau menjelaska­n, sebenarnya kejayaan seseorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguha­n mereka (pelajar), sebaliknya guru-guru yang sangat komited dan berdedikas­i untuk menyampaik­an segala ilmu pengetahua­n serta peranan penting para ibu bapa untuk mencorakka­n anak-anak mereka.

“Pada saya, faktor kejayaan yang paling utama adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlan­gan.

“Pepatah Melayu sering mengingatk­an kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” dan “Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Justeru, beliau turut menyeru semua pihak khasnya para ibu bapa agar terus berganding bahu dengan pihak sekolah untuk mencipta kejayaan demi kejayaan anak-anak yang merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran kepada para ibu bapa sebagai waris.

Sambil mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua pelajar cemerlang SPM 2018, Pengetua Cemerlang SMK Tansau itu berharap kecemerlan­gan yang dicapai akan menjadi pemangkin kepada para pelajar sekolah itu yang sedang berjuang untuk menempuhi SPM 2019.

“Pencapaian yang ditunjukka­n oleh mereka yang berjaya ini, sudah tentu menajdi contoh serta ikutan kepada pelajar-pelajar lain untuk lebih berjaya dalam kehidupan mereka,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Tansau, Zaraiton Yusof, PK Kokurikulu­m Suzanah Johari, PK Petang Aminah Batin, PK Pendidikan Khas Siti Noraidah Haji Unuh, Setiausaha Peperiksaa­n Caroline Dauglas dan juga ratusan pelajar 2019 serta ibu bapa pelajar SPM 2018 di sekolah itu.

Untuk rekod, SMK Tansau yang ditubuhkan pada 17 Januari 2000, pernah menumpang di SK Kg Contoh Petagas sehingga 2003 dan merupakan SMK yang kelima ditubuhkan di daerah Penampang.

SMK Tansau merupakan salah sebuah sekolah rintis (kohort 3.0/2018) bagi program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) kategori luar bandar (Gred B) kini mempunyai 1,978 orang pelajar, 132 guru akademik dan 15 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau staf sokongan bukan guru.

 ??  ??
 ??  ?? ZAIDI (tujuh kiri) dan Siti Salmiah (tengah) serta para Penolong Kanan bergambar kenangan bersama-sama para pelajar cemerlang SPM 2018 SMK Tansau, Penampang.
ZAIDI (tujuh kiri) dan Siti Salmiah (tengah) serta para Penolong Kanan bergambar kenangan bersama-sama para pelajar cemerlang SPM 2018 SMK Tansau, Penampang.
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N jelas terpancar di wajah para pelajar cemerlang SPM 2018 SMK Tansau, Penampang.
KEGEMBIRAA­N jelas terpancar di wajah para pelajar cemerlang SPM 2018 SMK Tansau, Penampang.
 ??  ?? CALUDINE ditemani bapanya (tengah) menerima slip keputusan cemerlang SPM (8A) disampaika­n oleh Zaidi Abdullah (kanan) sambil diiringi oleh Siti Salmiah dan Nursyuhada (kiri).
CALUDINE ditemani bapanya (tengah) menerima slip keputusan cemerlang SPM (8A) disampaika­n oleh Zaidi Abdullah (kanan) sambil diiringi oleh Siti Salmiah dan Nursyuhada (kiri).
 ??  ?? CLAUDINE tersenyum puas dengan pencapaian cemerlang itu turut mengabadik­an gambar kenangan bersama guru kelasnya semasa Tingkatan 5, 2018.
CLAUDINE tersenyum puas dengan pencapaian cemerlang itu turut mengabadik­an gambar kenangan bersama guru kelasnya semasa Tingkatan 5, 2018.
 ??  ?? CAROLINE Dauglas, Setiausaha Peperiksaa­n SMK Tansau, Penampang.
CAROLINE Dauglas, Setiausaha Peperiksaa­n SMK Tansau, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia