Utusan Borneo (Sabah)

Seorang pelancong parah, tiga cedera bas persiaran terbabas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Seorang pelancong patah tulang rusuk dan tulang belakang manakala tiga lagi rakannya mengalami kecederaan pelbagai selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas sendiri di Kampung Kesapang Jalan Kota Belud-Kota Marudu, pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian jam 9.30 pagi membabitka­n bas yang membawa 16 pelancong warga China.

“Bas dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun dalam perjalanan menuju ke Kampung Rampayan di sini dari arah Kota Kinabalu.

“Sebaik berada di lokasi kejadian bas persiaran terbabit bagaimanap­un hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri sebelum masuk ke dalam parit lalu terbalik,” katanya.

Menurutnya impak kejadian menyebabka­n seorang penumpang lelaki berumur 37 tahun patah di bahagian tulang belakang dan tulang rusuk.

“Tiga lagi penumpang berumur 35 hingga 49 tahun mengalami pelbagai kecederaan termasuk bengkak kaki dan tangan serta luka kecil di bahagian tangan.

“Pemandu bas, pemandu pelancong serta 12 lagi penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.37 pagi dan menggerakk­an lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud diketuai Pegawai Bomba Patrick Marius ke lokasi kejadian.

Katanya anggota yang tiba memberikan rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke hospital menggunaka­n jentera EMRS dan van ambulans untuk menerima rawatan selanjutny­a.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi menyelamat di lokasi kejadian.
ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia