Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Malaysia kutuk tragedi tembakan di Christchur­ch

-

KUALA LUMPUR: Tragedi tembakan rambang di dua masjid di New Zealand pada Jumaat mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan yang mengutuk tindakan yang disifatkan tidak berperikem­anusiaan itu selain menyampaik­an takziah dan simpati kepada yang terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menzahirka­n rasa dukacita dengan serangan yang berlaku ketika umat Islam sedang beribadah sehingga menyebabka­n puluhan maut.

“Saya mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mangsa beroleh syahid yang tertinggi.

“Saya mendoakan agar umat Islam di sana serta di seluruh dunia dilindungi Allah SWT dan dijauhkan daripada segala bahaya dan ancaman seperti ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataann­ya turut mengutuk sekerasker­asnya tragedi itu, yang disifatkan sebagai keganasan ke atas orang yang tidak bersalah.

“Saya terkejut dan sangat sedih dengan berita kejadian tembakan di masjid di Christchur­ch, New Zealand. Saya mengutuk, dalam istilah yang paling kuat, keganasan terhadap orang yang tidak bersalah,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin turut mengecam kejadian keganasan itu dan berharap pihak yang bertanggun­gjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Salam takziah kepada keluarga mangsa yang telah terkorban. Semoga keadaan akan kembali aman di New Zealand,” katanya.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengharapk­an semua pelajar Malaysia di New Zealand supaya berhati-hati dengan kejadian tembakan itu.

“… pihak KPM akan memaklumka­n sebarang perkembang­an lanjut,” katanya dalam catatan dalam laman Twitter.

Turut mengucapka­n takziah dan melahirkan simpati ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatka­n kejadian itu sebagai tindakan tidak bertamadun serta bercanggah dengan nilai kemanusiaa­n hingga meragut nyawa orang awam.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya dan terus mengikuti rapat perkembang­an kejadian tembakan rambang. Menurut Polis New Zealand, situasi masih bahaya dan mereka masih dalam usaha memberkas pelaku dalam kejadian itu...” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia