Utusan Borneo (Sabah)

Wanita warga emas disyaki penyeludup LPG ditangkap

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menangkap seorang wanita warga emas yang disyaki menjadi penyeludup tong gas petroleum cecair (LPG) di sini pada Khamis.

Komandan PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata suspek, 66, ditangkap di dalam Operasi Landai berhampira­n Jeti Awam Tawau semasa memandu kereta pacuan empat roda.

“Kita bertindak berdasarka­n maklumat Unit Risikan Marin (URM) yang membawa kepada penahanan suspek dan kenderaan dipandunya kira-kira jam 7.45 pagi,” katanya di sini, Jumaat.

Pajeri berkata pemeriksaa­n lanjut menemukan PPM Tawau bertugas dengan lapan tongLPGyan­gdisembuny­ikan di ruang belakang kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, wanita itu juga gagal menunjukka­n sebarang surat atau dokumen kebenaran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Suspek membuat pengakuan lisan bahawa kesemua tong LPG itu hendak dibawa ke Pulau Sebatik, sekaligus membawa kepada penahanann­ya serta rampasan barang kes,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata jumlah keseluruha­n rampasan termasuk kenderaan Toyota Hilux yang dipandu wanita itu dianggarka­n bernilai RM81,440.

Berikutan itu, PPM Tawau mengambil tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Kita juga membawa tahanan serta kesemua barang rampasan dalam kes terbabit ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan susulan,” katanya.

 ??  ?? SEORANG wanita warga emas disyaki bertindak sebagai penyeludup tong LPG.
SEORANG wanita warga emas disyaki bertindak sebagai penyeludup tong LPG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia