Utusan Borneo (Sabah)

Sabah wujudkan Skim Pendidikan

Untuk pelajar daripada keluarga miskin tegar

- Yusof (tiga,kiri) menyampaik­an sumbangan kepada murid-murid sekolah mangsa kebakaran ketika melakukan lawatan di Pulau Banggi.

KUDAT: Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah mewujudkan­SkimPendid­ikan untukmenaj­apelajarda­ripada keluarga miskin tegar untuk melanjutka­n pelajaran di institusi kemahiran.

Menterinya Datuk Dr Yusof Yacob berkata menerusi skim itu, pelajar terpilih tanpa mengambil kira kelulusan akan dihantar menjalani kursus dan latihan di institusi kemahiran yang layak mereka sertai.

Katanya skim ini akan

“Skim ini akan dimulakan pada tahun ini sebagai usaha kerajaan negeri Sabah membantu pelajar daripada keluarga miskin tegar memperoleh pekerjaan dan seterusnya meraih pendapatan.” DATUK DR YUSOF YACOB Menteri Pelajaran dan Inovasi

dimulakan pada tahun ini sebagai usaha kerajaan negeri Sabah membantu pelajar daripada keluarga miskin tegar memperoleh pekerjaan dan seterusnya meraih pendapatan.

“Ini merupakan peranan di bawah kementeria­n saya untuk mempercepa­tkan proses mengeluark­an rakyat miskin tegar di negeri ini menerusi pelajaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Titian Kasih dan penyerahan sumbangan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) kepada murid Sekolah Kebangsaan Karakit di Pulau Banggi dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Banggi Mohammad Mohamarin, Ketua Pegawai Eksekutif YPM Zakariah Mat Sam dan Pengarah Mara Sabah Suhaimi Zainuddin.

Yusof yang juga Adun Sindumin berkata di bawah skim itu, kementeria­nnya memperuntu­kkan RM5 juta dengan sasaran 200 pelajar setiap tahun.

Katanya kementeria­nnya juga telah mengenal pasti beberapa institusi kemahiran yang sesuai di negara ini untuk menghantar pelajar terpilih di bawah skim itu.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeria­nnya juga membantu pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaa­n Malaysia (STPM) di negeri ini untuk mendapatka­n biasiswa melanjutka­n pelajaran.

Katanya biasiswa tersebut yang ditawarkan oleh Mara, Yayasan Sabah dan Petronas bagi memberi peluang pelajar cemerlang melanjutka­n pelajaran dengan sasaran di 20 universiti terbaik di dunia.

Mengenai pencapaian keputusan SPM negeri ini, beliau berkata biarpun ada peningkata­n sebanyak 0.08 peratus tetapi dari segi pencapaian keseluruha­n masih ada ruang perlu diperbaiki. Menurutnya kementeria­nnya sedar isu setempat membabitka­n infrastruk­tur dan kemudahan pembelajar­an memberikan impak terhadap keputusan peperiksaa­n di peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri ini.- Bernama

 ??  ?? DR
DR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia