Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar ATIC serah sumbangan RM4,300 kepada Rumah Kanak-kanak Don Bosco

-

KOTA KINABALU: Pelajar siswa daripada Diploma in Tourism Management, Diploma in Hospitalit­y dan Diploma in Diving and Resort Management, School of Tourism and Hospitalit­y, Asian Tourism Internatio­nal College (ATIC) telah mengadakan program ‘A Piece of Sincerity’ : Khidmat Masyarakat di Rumah Kanakkanak Don Bosco, Bundu Tuhan, Ranau baru baru ini.

Program yang melibatkan seramai 24 orang pelajar siswa ATIC serta seorang pensyarah adalah bertujuan untuk melahirkan sifat kemasyarak­atan dan kesukarela­wanan dalam diri para pelajar sekali gus memberikan kegembiraa­n buat golongan yang kurang bernasib baik serta merapatkan silaturahi­m masyarakat.

Rumah Kanak-kanak Don Bosco ditubuhkan sejak tahun 1965 dan ianya ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak yatim piatu, miskin dan kanak-kanak yang tinggal jauh daripada kemudahan sekolah.

Seramai 54 orang kanak-kanak berumur dari 8 tahun hingga ke 17 tahun menetap di Rumah Kanak-kanak Don Bosco.

Beberapa aktiviti juga diadakan bersama penghuni rumah kebajikan tersebut serta pemberian sedikit sumbangan telah disampaika­n oleh Heidi Albert selaku Ketua Projek kepada penyelaras Rumah Kanak-kanak Don Bosco yang berupa wang tunai, bahan kering seperti beras, mineral, dan lainlain di antara lagi.

Sumbangan ini ditaja daripada beberapa pihak iaitu Bernas, Pasukan Bola Sepak Telipok Veteran, Femina Fit Ladies Gym, EP Engineerin­g Services, Era Ribujaya Sdn Bhd serta sumbangan daripada orang awam seperti Institut Perguruan Gaya (IPG), Malaysian Institute of Accountant­s (MIA) dan Petronas.

Program tersebut diakhiri dengan satu majlis penutupan yang disempurna­kan oleh Pensyarah Sekolah Hospitalit­i ATIC Nurfiza Velnisa Paimin di mana ianya diakhiri dengan penyampaia­n cendereken­angan dan mog cek bernilai RM4,300 kepada Penyelaras Rumah Kanak-kanak Don Bosco, Sister Caroline dan sesi bergambar.

 ??  ?? PELAJAR ATIC bersama penghuni Rumah Kanak-kanak Don Bosco, Bundu Tuhan, Ranau.
PELAJAR ATIC bersama penghuni Rumah Kanak-kanak Don Bosco, Bundu Tuhan, Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia